Monday, November 21, 2016

Buah Lemba?

  

Pernahkah anda memakan buah Lemba? Haha, penulis sendiri pun tak pernah makan.. Tapi orang tua2, atau mereka yg pernah makan buah ini tentu tahu selain berfungsi sebagai pemanis juga punya pelbagai kegunaan dan khasiat ubatan dari pokok tersebut. Bila saja anda makan buah ini, ia akan memberi kesan sementara iaitu makanan yang masam atau pahit dan tawar akan menjadi manis..

Lemba atau nama saintifik pokok ini CURCULIGO LATIFOLIA juga lebih dikenali sebagai Pinang Puyuh di Kelantan ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara berumpun yang agak besar yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari.

Daunnya ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57cm panjang dan 15-17cm lebar. Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempunyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang 90-92cm. Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan berwarna kuning terang. Buah matang lemba berbentuk seperti beri berwarna putih dan rasanya manis bila dimakan seperti tetimun manis dan menaikan selera. Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang.

Sebenarnya buah lemba tidaklah terlalu manis dengan sendirinya, ia menghasilkan rasa manis selepas pengambilannya seperti meminum air selepas memakannya. Ini turut terjadi pada bahan masam, apabila dimakan setelah mengambil buah ini akan terasa manis, maka kerana ini kaum pribumi memakan buah ini terlebih dahulu sebelum memakan buah-buahan masam.


⇨Sumber: 1. herbadantumbuhan
2. animhosnan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔