Monday, November 28, 2016

Koleksi Filem Menarik

Selamat datang ke Koleksi Filem Online, pelbagai Filem menarik dikumpulkan di sini sebagai koleksi peribadi dan juga untuk hiburan buat santapan minda dan jiwa pembaca Blog di luar sana.. Filem tempatan dan antarabangsa bersama dikumpulkan yang diambil dari sumber Facebook dan Youtube, memudahkan pencarian Filem menarik untuk ditonton.. Pasti menyeronokkan bila dapat menonton Filem digemari samaada untuk diri sendiri, bersama rakan dan keluarga. Jom kita tonton Filem menarik!


⇨Intro: 1. Tentang Sultan Muhammad Al Fatih
2. Intro Lagu
Full Movie Sultan Muhammad Al Fatih Subtitle Indonesia

CALL OF DUTY: Infinite Warfare All Cutscenes (Game Movie)

DORAEMON 2016

THE JUNGLE BOOK 2016

Telemovie CILI 2016

MAMA SADO

TRAIN TO BUSAN

The Teacher's Diary 2014






Baca Lagi ...

Monday, November 21, 2016

Buah Lemba?

  

Pernahkah anda memakan buah Lemba? Haha, penulis sendiri pun tak pernah makan.. Tapi orang tua2, atau mereka yg pernah makan buah ini tentu tahu selain berfungsi sebagai pemanis juga punya pelbagai kegunaan dan khasiat ubatan dari pokok tersebut. Bila saja anda makan buah ini, ia akan memberi kesan sementara iaitu makanan yang masam atau pahit dan tawar akan menjadi manis..

Lemba atau nama saintifik pokok ini CURCULIGO LATIFOLIA juga lebih dikenali sebagai Pinang Puyuh di Kelantan ialah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara berumpun yang agak besar yang biasa ditemui dikawasan belukar yang agak redup dan terlindung dari cahaya matahari.

Daunnya ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matang berukuran antara 55-57cm panjang dan 15-17cm lebar. Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya. Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempunyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang 90-92cm. Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok. Bunganya berwarna kuning, kecil dan berbentuk loceng dan berada dalam gugusan.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan berwarna kuning terang. Buah matang lemba berbentuk seperti beri berwarna putih dan rasanya manis bila dimakan seperti tetimun manis dan menaikan selera. Buahnya berada dalam bentuk tandan seperti buah pinang.

Sebenarnya buah lemba tidaklah terlalu manis dengan sendirinya, ia menghasilkan rasa manis selepas pengambilannya seperti meminum air selepas memakannya. Ini turut terjadi pada bahan masam, apabila dimakan setelah mengambil buah ini akan terasa manis, maka kerana ini kaum pribumi memakan buah ini terlebih dahulu sebelum memakan buah-buahan masam.


⇨Sumber: 1. herbadantumbuhan
2. animhosnan


Baca Lagi ...

Saturday, November 19, 2016

Petua Menghalau Serangga Dan Haiwan Berbisa


Khazanah ilmu lama atau ilmu orang tua2 dulu kadang lebih mujarab dan menjimatkan kos.. Tidak salah rasanya cuba mempraktikkan ilmu yg semakin lama dilupakan kerana kecanggihan dunia moden.
Tambahan pula kos barang semakin meningkat kini, maka alternatif terbaik yg boleh digunapakai adalah pengetahuan Ilmu Petua yg telah lama diamalkan oleh orang dulu2.

Tanpa kita sangka benda yg kita anggap remeh kerana jahil atau tiada ilmu, rupanya punyai banyak manfaat berguna dlm kehidupan seharian kita...




Baca Lagi ...

Pelbagai Doa Untuk Penyembuhan Segala Penyakit


Doa adalah senjata orang beriman. Berdoalah dengan penuh pengharapan, Allah sentiasa mendengar. Pendek atau panjang suatu Doa bukan ukuran, kerendahan hati dan keyakinan itu yang menjadi nilaian disisinya.. Sememangnya takdir sudah ditentukan Allah, namun sebagai manusia sesuatu usaha itu perlu dikerah, penyerahan kepadanya adalah jalan terindah. Pintalah kepadanya dengan kesungguhan dan penuh kerendahan hati, pasti Allah akan mengabulkannya...





Baca Lagi ...

Friday, November 18, 2016

Cerita Lawak Robot Pengesan Pembohongan


Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehinggalah hampir jam 12 tengah malam barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.

PANGG!!
Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis belajar di rumah kawan…”.
“Belajar apa?
“Belajar Matematik ayah”.

PANGG!!
“Katakan dengan jujur apa sebenarnya kamu telah buat sampai balik lewat malam?!”
“Maaf ayah… saya melepak dengan kawan bermain game komputer”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun melepak dengan kawan.

PANGG!!
Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

PANGG!!
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…



Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔