Wednesday, November 5, 2014

Percuma! Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita

Pernahkah anda terfikir? Mengapa anda boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?

Ianya adalah kerana, anda DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU anda!
Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu anda lah yang telah banyak membentuk peribadi anda hari ini. Masihkah anda ingat, ibu anda membuat sarapan pagi untuk anda ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak & menyediakan makanan tengahari sewaktu anda pulang, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.

Ibu anda dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa!

Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.

Sememangnya tidak dinafikan zaman sudah berubah, dan ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup. Jika dulu hanya si bapa/suami yang bekerja sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga, tetapi kini untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.

Golongan isteri atau wanita, disarankan untuk turut bekerja di luar sama seperti mana golongan lelaki bekerja untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan yang lebih baik untuk membina hidup yang lebih selesa. Ianya telah menjadi trend masyarakat kini, dengan bersandarkan alasan mengikuti arus zaman, meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga dan berbagai lagi faktor menyebabkan golongan wanita terutamanya golongan Ibu turut sama bekerja.

Walaupun trend ini nampak bagus dan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga. Namun dari aspek yang lain, ia memberikan kesan sampingan yang sukar disedari.Trend seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada masa bersama (quality time) di antara ibu- bapa dengan anak-anak seandainya tidak diurus dengan betul. Tiada lagi masakan dan air tangan ibu apabila pulang dari sekolah di tengahari, tiada lagi si ibu yang menemani si anak bermain di taman di waktu petang dan dibiarkan keseorangan dan perlu berdikari sendiri tanpa perhatian sewajarnya. Lebih parah lagi, tugas yang seharusnya digalas oleh seorang ibu itu terpaksa diberikan pula kepada pihak lain , iaitu.... orang gaji / pembantu rumah, yang sudah pastinya memberikan "kesan" yang lain.

Anak-anak, merasakan ibu-bapa sudah tidak mempedulikan mereka dan semakin hari semakin hanyut dengan kesibukan mengejar material dan urusan di luar. Akibatnya anak-anak tidak menghormati ibu-bapa, gejala sosial berleluasa, masalah keluarga dan akhirnya runtuhlah institusi keluarga itu sendiri. Peredaran masa, anak-anak semakin membesar dan mula mencari haluan masing-masing. Kembali kepada putaran yang asal, mengabaikan ibu bapa pula sebagaimana yang telah dilakukan ibu bapa kepada anak-anak.

Kini, kita berada di zaman teknologi. Ianya memberikan satu nafas baru kepada golongan-golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.

Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.

Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.


MASA UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN..


Berikan peluang kepada diri anda! "Pilihan", sentiasa ada. Cuma anda yang perlu menentukan sama ada anda "mahu" atau "tidak" menerima pilihan itu. Waktu ini, sudah ramai yang menyedari tentang kelebihan "bekerja di rumah", ramai yang telah mengorak langkah dan menjadikan impian mereka suatu realiti. Dijangkakan, trend ibu bekerja di rumah ini akan terus meningkat dan menjadi satu trend pada masa hadapan.


"Perancangan untuk bekerja di rumah memang telah saya lakukan sewaktu sebelum berumahtangga lagi. Alhamdulillah, pilihan itu sangat tepat, saya kini sangat gembira membesarkan anak-anak dan dalam waktu yang sama, mempunyai punca pendapatan yang lumayan dengan hanya berniaga dari rumah.”

Siti Noorhafezah Maarop
www.MyPermataHati.com


Pilihan Di Tangan Anda!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔