Thursday, November 13, 2014

Lawatan ke Masjid Beijing..

Tanggal 8 November 2014 hari Sabtu yang lalu seramai 44 orang termasuk penulis telah membuat rombongan jalan2 ke Rantau Panjang dengan menaiki bas. Jelajah percutian ini telah dirancang pada awalnya oleh Mak saudara bersama orang kampung penulis yang telah sepakat bersetuju untuk turut serta. Lebih kurang jam 8 lebih pagi kami bertolak dari tempat berhimpun menunggu bas sebagaimana yang telah dijanjikan. Kelihatan mereka semua begitu teruja dan gembira maklumlah tambang bas dan bekalan makanan serta sedikit cenderahati adalah dibiayai sepenuhnya oleh penaja.

  
Macam kat Beijing China pulak rasanya.. Kih2x.


Kami tiba di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang Kelantan atau turut dikenali dengan nama Masjid Beijing lebih kurang pada jam 11.10 pagi. Masjid ini merupakan mercu tanda di negeri Kelantan yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004. Menurut sumber, seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam yang menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China. Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Macam tak percaya pulak bila penulis sampai di sini, nampaknya tak payah naik kapal terbang dah boleh sampai Beijing.. kih2.

Untuk lihat kedudukan lokasi Peta sila Klik Sini


Bila sampai di sini kami berhenti makan bekalan makanan yang disediakan sambil menikmati pemandangan di Masjid Beijing ini. Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar di hadapan masjid dan singgah ke tandas.

Perjalanan kami diteruskan pula ke Pasar Rantau Panjang yang berhampiran dengan Bazar Siti Fatimah. Di sini banyak barang dijual dengan harga murah berbanding Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Masing2 berborong sakan dengan pelbagai barangan yang jika dibandingkan dengan tempat lain adalah murah dan memuaskan hati, maklumlah harga barang sekarang semuanya naik macam roket.. Kih2. Selesai aktiviti Shopping di sana, kami bergerak pula ke Pengkalan Kubor. Di sini tak banyak barang boleh dibeli sebab harganya sedikit mahal dari tempat sebelumnya.

Inilah Bas yang kami naiki. Lelaki yang kat luar tu Drivernya..

Selepas itu, kami singgah sekejap di Tesco Kota Bharu menantikan waktu solat maghrib. Jam 7 lebih petang kami bergerak pula ke destinasi akhir iaitu pasar Wakaf Che' Yeh.
Pasar di sini memang luas dan panjang, jenuh kaki nak berjalan.. Kami bertolak balik sekitar jam 9 lebih malam dan tiba ke tempat menunggu bas pada jam 12 tengah malam. Bila dibuka ruang kargo bas, didapati penuh sarat dengan barangan yang dibeli.. memang puas hatilah jalan2 pada kali ini.

Khabarnya lawatan percutian seterusnya akan dibuat pula ke tempat lain yang lebih jauh. Bila akan diadakan masih belum tahu lagi. Insyaallah mungkin dalam waktu terdekat..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔