Monday, November 3, 2014

Bertemu Dengan Ustaz Kazim Elias..

Pada hari jumaat 17 Oktober 2014, Penulis bersama Ibu dan keluarga terdekat sempat pergi ke Masjid Ar-Ridhwan Sg Tong, Mukim hulu Nerus, Setiu Terengganu. Khabarnya Ustaz Kazim Elias akan datang pada pukul 9 pagi untuk menyampaikan ceramah agama yang bertajuk "Keluarga Bahagia Impianku". Penulis tiba di sana sebelum jam 9 lagi dalam keadaan cuaca sedikit hujan dan kesibukan trafik kerana banyak kenderaan masuk untuk mencari Parking. Alhamdulillah penulis dapat parking kereta tak jauh dari Masjid, taklah penat berjalan dan mudah untuk keluar balik nanti. Diluar masjid kelihatan banyak buku2 dan produk pelbagai barangan Ustaz Kazim Elias ada dijual. Sambil menunggu UKE sampai kami sempat menjamu selera di tempat hidangan makanan percuma layan diri. Ketibaan Ustaz Kazim Elias disambut dengan begitu mesra oleh pihak penganjur dan mereka yang terlibat dalam menjayakannya. Ketika pertama kali beliau melangkah masuk ke perkarangan Masjid aku hanya sempat senyum saja padanya walaupun berada dalam jarak yang begitu dekat.



Ceramah yang disampaikan menarik dan menghiburkan hadirin yang berada di dalam dan luar masjid. Khemah panjang ada dipasang di luar pintu masjid untuk menampung kehadiran orang ramai. Nasib baik penulis dapat masuk dalam masjid dan tak berapa jauh dari Ustaz Kazim Elias.

  

Ceramah yang disampaikan berakhir sekitar jam 11 pagi lebih. Sebelum beliau beredar penulis sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Akhirnya ketika Ustaz Kazim Elias melangkah keluar dari masjid, Penulis sempat bersalaman dengannya. Tangan beliau lembut saja tak macam tangan Penulis yang keras kematu kerana kerja lasak, kih2.

Pengalaman bertemu beliau adalah begitu mengujakan dan memberi kepuasan kerana sebelum ini hanya dapat lihat di kaca tv saja, kali ini dapat pula bersua muka dan bersalaman... seronok tengok gelagat peminat UKE ketika bersalam ada pakcik sampai cium tangan Ustaz Kazim Elias, penulis pun cium jugak tapi tangan sendiri selepas bersalam dengan beliau. Entah apalah agaknya Ustaz Kazim Elias fikir bila dia tengok Penulis buat begitu.. kih2.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔