Tuesday, April 1, 2014

Aku Berhenti Merokok

Bila bercakap soal merokok selalunya orang akan kaitkan dengan golongan lelaki. Sememangnya tidak sah kononnya, kalo bergelar lelaki tapi tidak merokok. Jika ditanyakan adakah merokok itu haram atau makruh, maka pasti ramai lelaki akan mengatakan ianya makruh walaupun jawapan itu dari seorang Ustaz tapi dia juga merokok.

Kini kebanyakkan dari kita telah maklum bahawa merokok itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah mereka yang hampir dengan asap rokok itu walaupun tidak merokok.Si perokok bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah orang lain yang berada hampir dengan asap rokoknya.Begitulah dasyatnya kesan akibat dari merokok.

Penulis dahulu juga pernah merokok, malah boleh dikatakan seorang perokok yang tegar. Setiap hari rokok mesti bahkan wajib ada, kalo tak tidak lengkap rasanya dan hari yang dilalui pasti tak sempurna.. Begitulah kehidupan penulis dulu, selama hampir 5 tahun terjebak dengan ketagihan merokok. Berbagai jenama dan perisa rokok telah dirasai dan yang paling digemari adalah Dunhill 14 atau 20.
Itulah rokok yang boleh dikatakan favourite penulis sehingga aromanya tetap tersimpan dalam ingatan.

Tidak dinafikan penulis pernah berada dalam persekitaran atau suasana yang mempengaruhi budaya merokok, tapi punca menjadi seorang perokok adalah semata-mata untuk menghilangkan stress. Setiap kali asap rokok disedut dan dihembus keluar, terasa nikmat ketenangan dan lupa kepada segala masalah yang bersarang di dalam fikiran. Biasanya kalo beli Dunhill 10 alamatnya kena ada 2 kotak sehari. Kadang-kadang beli terus Dunhill 14 atau 20 untuk sehari. Seingat penulis Dunhill 14 dulu cuma 3 ringgit lebih sahaja, sekarang tak tahulah sebab penulis dah tak merokok lagi.

Alhamdulillah, sekarang penulis telah 8 tahun berhenti merokok. Tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana boleh berhenti merokok selama 8 tahun setelah hampir 5 tahun menjadi seorang perokok tegar? Kisahnya bermula sekitar tahun 2004-2005. Pada tahun 2004-2005 kesedaran untuk berhenti merokok telah timbul hasil dari cerita pengalaman beberapa rakan sekerja dan pemerhatian atau muhasabah diri sendiri serta dari pembacaan buku-buku motivasi.

Dari situ, semangat untuk berubah terus berputik dan membesar dari hari ke hari. Buku-buku motivasi yang banyak dibaca memberi kesan mendalam dalam memperkuatkan lagi semangat dan keazaman untuk berhenti merokok. Minat atau hobi membaca buku motivasi sedikit sebanyak telah bertindak bagai seorang sahabat yang sentiasa memberi nasihat dan menggalakkan kepada kebaikan atau perubahan.

Akhirnya pada tahun 2005 penulis berjaya menempuh cabaran untuk berhenti merokok walaupun berkali-kali gagal dan tidak diyakini oleh rakan mahupun orang terdekat. Tiada sebarang ubat diambil hanyalah kesedaran dari diri sendiri, kesabaran, kemahuan dan kepercayaan yang tinggi bahawa penulis boleh berhenti merokok..

Satu yang menjadi amalan ketika berusaha berhenti merokok ialah sediakan gula-gula yang banyak dalam poket. Setiap kali nak merokok, makan gula-gula sebagai gantinya. Penulis bersyukur kepada tuhan kerana diberikan kesedaran dan bertindak sebelum segalanya terlambat. Alhamdulillah sekali lagi, penulis kini diberikan kesihatan olehnya. Nikmat yang mahal, patut disyukuri dan tiada gantinya.

Kepada mereka yang mempunyai kesedaran dan kemahuan untuk berhenti merokok, bertindaklah segera jangan sampai terkena akibat baru hendak menyesal dan akhirnya menderita. Apa yang penting adalah kesedaran dan kemahuan yang terbit dari diri sendiri bukan disebabkan oleh faktor lain.
Ubat hanyalah alat sampingan tetapi hati atau diri sendiri yang menentukan...








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔