Friday, March 21, 2014

Video Aneh - Ular Sawa Berkepala Dua

Masyarakat kini lebih cenderung dan tertarik kepada sesuatu yang ganjil, aneh dan misteri..
Banyak kejadian atau perkara pelik telah berlaku di hadapan mata kita atau di mana saja sehingga ianya dianggap biasa atau sekadar fenomena alam diakhir zaman.

Ular pelik berkepala dua telah ditemui oleh sepasukan doktor haiwan di sebuah zoo di Colombo, Sri Lanka. Kedua-dua kepala berfungsi secara normal dan mempunyai keupayaan untuk makan. Ular yang berukuran panjang 10 inci (25.4 cm) ini menggunakan kepala kanan untuk mengawal pergerakannya, manakala sebelah kiri mengikut secara semulajadi.

Umum diketahui, ular sawa yang hidup dalam habitat atau persekitaran semula jadinya boleh mencapai saiz tujuh meter panjang atau lebih dan boleh menelan haiwan yang jauh lebih besar daripadanya melalui membunuh secara melemaskankan mangsa dengan membelit.

Kewujudan Ular berkepala dua ini telah menjadi daya tarikan Zoo Colombo di rantau Tissa ini. Tiada kepastian dan menjadi tanda tanya apakah nasib akan ular ini. Doktor haiwan masih membuat ujian ke atas ular tersebut untuk menentukan bahawa anomali atau keganjilan itu tidak mengancam hayatnya..

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang (sentiasa) mengingati Allah ketika ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu ia berkata: Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia.”

Sebalik kejadian pelik pada haiwan ini, tersurat dan tersirat makna akan kebesaran Allah yang maha pencipta.
Allah berkuasa menjadikan sesuatu yang lebih ganjil dan tak terjangkau oleh akal kita yang terbatas ini.

Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 81-83 maksudnya: “Sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: Jadilah, maka terjadilah ia.”

Subhanallah…






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔