Friday, March 7, 2014

Sut Perisai Berteknologi Tinggi

Bila melihat saja penampilan sut ini, terbayang filem Ironman, Robocop, Kamen Rider dan yang seangkatan dengannya.. Diinspirasikan dari sebuah permainan pertarungan dan filem anime Dragon Ball, sebuah sut perisai yang dikatakan mampu melindungi pemakainya daripada serangan dan pukulan lawan telah dihasilkan.

Ramai antara kita yang pernah menonton Dragon Ball tentu akan teringat beberapa watak utama seperti wira dari planet Saiyan yang menggunakan baju pejuang ringan dan lembut, namun mempunyai kekuatan pelindung yang maksimum. Ketika bermain permainan pertarungan pula, samaada dari komputer dan playstation atau apa saja, pastinya ada penunjuk tenaga dan kekuatan serta nyawa di bahagian atas. Apabila penunjuk tersebut semakin habis, maka anda akan tahu jumlah nyawa watak wira anda, turut berada dalam keadaan yang kritikal.

Sebuah sut perisai “Unified Weapons Master” telah dicipta oleh Chiron Global, dimana ia menggabungkan ilham dari kedua ciri tersebut.Sut ini akan melindungi pemakainya dari serangan, pukulan penyerang atau sebagainya tanpa merasa sakit ketika menerima pukulan. Sistem yang terdapat pada sut perisai, dapat menghantar isyarat pukulan dan mengenalpasti seberapa padu atau kuatnya pukulan yang diterimanya ke komputer.

Khabarnya, tidak akan ada lagi kecederaan atau luka yang diterima oleh lawan atau diri sendiri.. begitulah yang diperkatakan oleh Sone Vannathy petarung dari Muang Thai, salah seorang penguji dari sejumlah pengamal seni bela diri. Setakat ini, sut perisai masih belum dikomersialkan dan hanya digunakan pada pertandingan pertarungan gaya bebas di dalam sebuah gelanggang.

Agaknya lepas ni, kalo sut perisai ini berjaya dimajukan lagi dan dikomersialkan pasti akan memberi impak yang besar dalam bidang keselamatan, pertahanan dan ketenteraan.
Teringat penulis pada sut perisai wira perang dalam permainan Halo yang pernah digemari dulu... kih2.

  





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔