Sunday, March 2, 2014

Bayangan Hampirnya Hari Kiamat

Kebanyakan dari kita sedia maklum surah Al-Waaqi'ah mempermudah dan meluaskan rezeki kepada mereka yang selalu membacanya.. tapi pada permulaan ayat surah ini jelas telah menyampaikan mesej yang besar dan mendalam maksudnya kepada kita manusia akhir zaman bahawa tanda2 besar kiamat telahpun terjadi.

Peristiwa bala bencana yang besar banyak terjadi dimana-mana sebagai contohnya peristiwa bangunan berkembar WTC di Amerika yang runtuh akibat dilanggar kapal terbang. Pertama kali penulis tengok dalam tv ingatkan iklan filem baru, rupa2 nya betul2 terjadi.. Selepas itu, lebih banyak kejadian bencana besar terjadi dan yang terbaru Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa dibeberapa negara dunia. Mungkinkah bencana terbesar berbanding sebelumnya akan terjadi tidak lama lagi?

Tak siapa yang tahu dan boleh meramalkannya kerana setiap bencana yang telah terjadi berlaku tanpa amaran dan secara tiba-tiba..

Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan merenung sejenak kejadian besar yang berlaku di sekeliling kita, punya hikmah dan iktibar yang boleh diambil sebagai peringatan dari Allah. Semoga dengan tindakan kita itu akan mendekatkan dan menguatkan iman serta mendorong untuk meningkatkan usaha ke arah jalannya yang lebih diberkati...



Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔