Saturday, March 29, 2014

Video Menarik - Bakat Melukis Dengan Spray Paint

Mula-mula tengok bagaimana sebuah lukisan dihasilkan memang teruk, tapi last sekali mampu membuat kita ternganga melihat hasil kerja pelukis jalanan ini.

Memang berbakat lelaki cina ini.. hanya menggunakan spray paint dan beberapa alat lain mampu hasilkan lukisan yang menarik dan diluar jangkaan..

Terbaik!!










Baca Lagi ...

Tidur Masa Khutbah - Ustaz Azhar Idrus

Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan sangat istimewa kerana banyak peristiwa besar berlaku pada hari tersebut termasuklah hari kejadian manusia pertama iaitu Adam A.S.

Bila tiba hari jumaat umat islam seluruh dunia (kaum Adam) akan menunaikan solat jumaat beramai-ramai di Masjid. Sebelum menunaikan solat jumaat bacaan Khutbah mengenai isu semasa akan disampaikan oleh Khatib.Ramai diantara kita mudah mengantuk dan tertidur bila tiba waktu khutbah disampaikan.

Bagaimanakah cara untuk mengelak atau mencegah masalah ini dari berlaku? Ikuti video penerangan ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus secara bersahaja dan menghiburkan ini..

Himpunan Doa Harian






Baca Lagi ...

Tuesday, March 25, 2014

Dunia Sementara..

Dalam menjalani kehidupan di dunia, kita tak pernah terlepas dari dugaan atau ujian yang menimpa setiap dari kita.Tak kira samada orang itu islam atau bukan tiada seorang pun terlepas.

Masalah atau ujian sepanjang kehidupan yang dialami oleh manusia itu akan menjadikan seseorang itu lebih bijak dan matang.Tanpa masalah, fikiran kita tak ubah seperti kanak-kanak yang sentiasa membayangkan segalanya mudah, indah dan ceria tanpa mengenal hakikat sebenar realiti kehidupan yang penuh pancaroba..

Namun kadang-kadang tak ramai diantara kita mampu berdepan dengan masalah atau ujian dalam kehidupan.Masalah yang dihadapi menjadikannya putus asa dan lemah tak berdaya sehingga akhirnya bertindak diluar batasan dengan menamatkan hidupnya ditangan sendiri..

Mungkin bagi mereka yang bukan beragama islam, tindakan itu adalah penamat bagi segala masalah atau ujian yang tak tertanggung lagi dalam hidupnya.

Manusia itu sering terpedaya dengan dunia dan kesenangannya. Mereka melihat dunia ini adalah segala-galanya dan ia perlu direbut. Justeru itu, manusia akan dihimpit rasa kecewa jika gagal mendapat sesuatu yang direbut atau apa yang dimilikinya hilang musnah secara tiba-tiba.

Dunia hari ini menyaksikan banyak kes bunuh diri berlaku di mana saja, tak terkecuali dikalangan orang islam sendiri..
Perbuatan bunuh diri akibat putus asa adalah dikutuk dalam agama islam. Sebagai orang islam, sekiranya ujian yang menimpa kita dirasakan terlalu berat sehingga putus asa pada rahmat Allah jangan sekali-kali kita bertindak mendahului ketentuannya.

Kita hendaklah bersabar dan banyak mengadu kepadanya (Allah) bukan bertindak melulu sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi di dunia dan akhirat. Berbaloikah tindakan itu?

“Barang siapa menjatuhkan dirinya dari atas gunung hingga tewas maka kelak ia akan menjatuhkan dirinya di neraka jahanam dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Barang siapa meneguk racun hingga tewas maka racun yang ada di tangannya itu akan ia teguk di dalam neraka jahanam dan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Barang siapa membunuh dirinya dengan sepotong besi maka besi yang ada di tangannya akan selalu menusuk perutnya di dalam neraka jahanam dan ia kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Masyarakat kita selalu melihat bahawa kesusahan itu adalah ujian dan kesenangan itu adalah sebaliknya.Hakikatnya kedua-duanya adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita kepadanya.

Manusia itu terbahagi kepada 4 golongan bila diuji..
1. Bila diuji kesusahan dia ingat Allah, Bila diuji kesenangan dia ingat Allah
2. Bila diuji kesusahan dia lupa Allah, Bila diuji kesenangan dia ingat Allah
3. Bila diuji kesusahan dia ingat Allah, Bila diuji kesenangan dia lupa Allah
4. Bila diuji kesusahan dia lupa Allah, Bila diuji kesenangan dia lupa Allah

Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa dunia ini hanya sementara. Susah atau senang bagaimana sekalipun semuanya adalah bersifat sementara dan sekejap saja jika dibandingkan alam kehidupan akhirat yang kekal buat selama-lamanya.

Mencari dunia tidak salah, tapi haruslah berteraskan akhirat iaitu menjadikan dunia sebagai bekalan untuk kehidupan kita di sana. Ibadat itu bukan hanya solat 5 waktu dan sebagainya tapi juga meliputi semua aktiviti hidup kita yang diberi tugas sebagai Khalifah yang memakmurkan muka bumi ini.

Sedari dari mula bangun tidur hingga kembali melelapkan mata, semuanya itu adalah ibadat dengan syarat berpandukan jalan yang telah ditunjukkan oleh Allah dan Nabi kita melalui Al-Quran dan Hadis (Sunnah Nabi).

Rasulullah SAW bersabda, ”Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.” Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Jika engkau berada di waktu petang hari, maka jangan menunggu pagi hari dan jika engkau berada di pagi hari janganlah menunggu petang hari. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati.” (HR.Bukhari).

Persiapkanlah bekalan untuk menuju perjalanan yang panjang dan penuh dugaan di Hari Perhitungan di Akhirat kelak. Gunakanlah masa yang singkat di dunia ini sebaik mungkin untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat.












Baca Lagi ...

Sunday, March 23, 2014

Cerita Was Was (Lawak) - Ustaz Azhar Idrus

  
Kebanyakan dari kita sememangnya tidak terlepas dari ketidakpastian (was was). Namun jika tidak di kawal akan memberi masalah yang besar kepada kita terutama sekali ketika melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Kecuaian kita yang berpunca dari kejahilan atau kurangnya ilmu mengenainya, menyebabkan perasaan was was itu membebankan kita.

Untuk lebih jelas mengenai masalah ini, jom kita tonton video penerangan ringkas dari Ustaz Azhar Idrus ini. Suatu penyampaian ilmu yang bermanfaat untuk kita jadikan teladan. Belajar sambil berhibur...

Himpunan Doa Harian






Baca Lagi ...

Friday, March 21, 2014

Video Aneh - Ular Sawa Berkepala Dua

Masyarakat kini lebih cenderung dan tertarik kepada sesuatu yang ganjil, aneh dan misteri..
Banyak kejadian atau perkara pelik telah berlaku di hadapan mata kita atau di mana saja sehingga ianya dianggap biasa atau sekadar fenomena alam diakhir zaman.

Ular pelik berkepala dua telah ditemui oleh sepasukan doktor haiwan di sebuah zoo di Colombo, Sri Lanka. Kedua-dua kepala berfungsi secara normal dan mempunyai keupayaan untuk makan. Ular yang berukuran panjang 10 inci (25.4 cm) ini menggunakan kepala kanan untuk mengawal pergerakannya, manakala sebelah kiri mengikut secara semulajadi.

Umum diketahui, ular sawa yang hidup dalam habitat atau persekitaran semula jadinya boleh mencapai saiz tujuh meter panjang atau lebih dan boleh menelan haiwan yang jauh lebih besar daripadanya melalui membunuh secara melemaskankan mangsa dengan membelit.

Kewujudan Ular berkepala dua ini telah menjadi daya tarikan Zoo Colombo di rantau Tissa ini. Tiada kepastian dan menjadi tanda tanya apakah nasib akan ular ini. Doktor haiwan masih membuat ujian ke atas ular tersebut untuk menentukan bahawa anomali atau keganjilan itu tidak mengancam hayatnya..

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191 maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang yang (sentiasa) mengingati Allah ketika ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu ia berkata: Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia.”

Sebalik kejadian pelik pada haiwan ini, tersurat dan tersirat makna akan kebesaran Allah yang maha pencipta.
Allah berkuasa menjadikan sesuatu yang lebih ganjil dan tak terjangkau oleh akal kita yang terbatas ini.

Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 81-83 maksudnya: “Sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: Jadilah, maka terjadilah ia.”

Subhanallah…






Baca Lagi ...

Sunday, March 16, 2014

Resepi Masakan Ikan Semasa Berpantang

Bila berada dalam keadaan berpantang, ramai diantara kita pasti berasa gelisah dan sedikit tertekan serta terhimpit akibat wujudnya batasan atau sempadan dalam pemakanan. Mana taknya bila kita nak makan makanan yang selalu asalnya boleh dimakan, sampai satu ketika tak boleh makan kerana ianya akan mendatangkan kesan yang buruk pada kesihatan kita.

Mungkin resepi masakan ikan semasa berpantang ini boleh membantu dan memberi sedikit sebanyak panduan dalam menyediakan masakan yang sesuai ketika berpantang, taklah nanti kita menjadi kalut dan tertanya-tanya apakah masakan yang paling sesuai? Semoga panduan resepi ini dapat memberi manfaat kepada kita semua... Banyak2 resepi, penulis paling suka singgang ikan.Kih2.

Info:- Untuk melihat kandungan menu masakan ini anda mestilah online Facebook terlebih dahulu, jika tidak kandungan ini disekat oleh pihak Facebook. Harap maklum..


Teknologi terbaru alatan dapur yang harus dimiliki generasi kini...


Lagi info resepi selain menu berpantang..
resepinannie
secubitgaram
ucubakery




Baca Lagi ...

Saturday, March 15, 2014

MH370 Masih Dalam Pencarian..

Kehilangan pesawat MH370 telah masuk 8 hari kini dan masih lagi dalam pencarian. Pelbagai spekulasi dan kata-kata yang tidak enak didengar dan menyentuh emosi ahli keluarga terlibat terpaksa dialami oleh mereka..

Manusia ini bila dia mula bercakap tak pernah nak fikir hati dan perasaan orang. Padahal semua yang mereka luahkan itu samaada sedar atau tidak boleh menyakitkan dan adakalanya benda yang sama juga mungkin boleh jadi kat dia tapi berbeza bentuk ujiannya cuma dia perasan atau tidak..

Benarlah ujian ini untuk menguji iman kita kepada Allah. Kerana Allah itu juga tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Untuk yakin, percaya dan tawakal kepada tuhan yang sifatnya tidak menyerupai dan diserupai, inilah ujiannya.. Masih bolehkah kita beriman bahawa Allah itu tuhan jika kita tidak melihat kekuasaannya? Masih bolehkah kita yakin bahawa di sebalik kejadian ini punya hikmah dan rahsia yang Allah mengaturnya jika kita tidak dapat mengesan jejak pesawat yang hilang?

Setiap kali berita berkumandang, kita jadi sebak. Kita yang jarang ingat pada allah sepanjang masa, jadi ingat. Yang jarang berdoa untuk orang lain merayu kebaikan untuk orang lain. Semuanya melalui ujian ini..

Allah mahu kita merayu padaNya, memohon pertolonganNya. Allah mahu memberitahu kita bahawa Dialah Tuhan yang Esa, satu tiada dua. Dan hanya kepada Dia kita meminta pertolongan dan tiada yang lebih berkuasa...








Baca Lagi ...

Thursday, March 13, 2014

Syarat Gadis Cantik 'Ultra Warak' Kepada Yang Ingin Mengahwininya..

  
Seorang gadis yang sangat cantik hendak bernikah tapi dia mahukan seorang suami yang sangat warak. Maka dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saje yang ingin menikahinya dengan syarat:-

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda seorang pun lelaki sanggup nak terima syarat itu kecuali seorang pemuda yang sederhana perwatakan dan penampilannya.. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, si isteri memerhati suaminya itu.
"Eh.. tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"
"Hmm.. aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya si isteri hilang sabar. Dia menyangka dan fikir suaminya telah menipu dirinya. Akhirnya si isteri pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya".

"Masa nak nikah dulu dia selamba je setuju segala syarat yang saya letak. Dah kahwin langsung tak tunaikan.. Penipu!" Rungut si isteri kepada hakim.

Hakim pun bertanya kepada si suami, "kamu ingat apa syarat2 nikah yang isteri kamu telah berikan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam tanpa henti setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab si suami dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat tak?"
Si suami tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"
Si suami tak nak mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report kad kot bagitau saya buat apa hari ni? Nanti riak la pulak."

Hakim tak puas hati. "Baik, hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tak puasa hari ni, habis macamana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Si suami itu selamba menjawab, "Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seperti berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa..

Si suami itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seperti dia telah membaca keseluruhan al-Quran." Kata si suami sambil tersenyum lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Si suami itu sekali lagi tersenyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seperti dia telah beribadah sepanjang malam".

Begitulah hujah yang diberikan si suami sambil terus menyambung, "islam itu indah, yang arif”. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia…

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja sangat warak tetapi juga berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..




Baca Lagi ...

Wednesday, March 12, 2014

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya..

Wordless Wednesday #2











Baca Lagi ...

Friday, March 7, 2014

Sut Perisai Berteknologi Tinggi

Bila melihat saja penampilan sut ini, terbayang filem Ironman, Robocop, Kamen Rider dan yang seangkatan dengannya.. Diinspirasikan dari sebuah permainan pertarungan dan filem anime Dragon Ball, sebuah sut perisai yang dikatakan mampu melindungi pemakainya daripada serangan dan pukulan lawan telah dihasilkan.

Ramai antara kita yang pernah menonton Dragon Ball tentu akan teringat beberapa watak utama seperti wira dari planet Saiyan yang menggunakan baju pejuang ringan dan lembut, namun mempunyai kekuatan pelindung yang maksimum. Ketika bermain permainan pertarungan pula, samaada dari komputer dan playstation atau apa saja, pastinya ada penunjuk tenaga dan kekuatan serta nyawa di bahagian atas. Apabila penunjuk tersebut semakin habis, maka anda akan tahu jumlah nyawa watak wira anda, turut berada dalam keadaan yang kritikal.

Sebuah sut perisai “Unified Weapons Master” telah dicipta oleh Chiron Global, dimana ia menggabungkan ilham dari kedua ciri tersebut.Sut ini akan melindungi pemakainya dari serangan, pukulan penyerang atau sebagainya tanpa merasa sakit ketika menerima pukulan. Sistem yang terdapat pada sut perisai, dapat menghantar isyarat pukulan dan mengenalpasti seberapa padu atau kuatnya pukulan yang diterimanya ke komputer.

Khabarnya, tidak akan ada lagi kecederaan atau luka yang diterima oleh lawan atau diri sendiri.. begitulah yang diperkatakan oleh Sone Vannathy petarung dari Muang Thai, salah seorang penguji dari sejumlah pengamal seni bela diri. Setakat ini, sut perisai masih belum dikomersialkan dan hanya digunakan pada pertandingan pertarungan gaya bebas di dalam sebuah gelanggang.

Agaknya lepas ni, kalo sut perisai ini berjaya dimajukan lagi dan dikomersialkan pasti akan memberi impak yang besar dalam bidang keselamatan, pertahanan dan ketenteraan.
Teringat penulis pada sut perisai wira perang dalam permainan Halo yang pernah digemari dulu... kih2.

  





Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔