Friday, February 7, 2014

Video Aneh - Mujahid mengalunkan bacaan al-Quran tatkala tangan hancur dalam perang


Bila melihat video ini pelbagai perasaan pasti menerjah atau menusuk jiwa kita.Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya begitulah boleh diibaratkan.. biasanya apabila seseorang itu berada dalam situasi sedemikian pastinya akan meraung kesakitan.Namun jauh berbeza dengan Mujahid ini, walaupun dalam keadaan begitu parah beliau mampu mengalunkan bacaan Al-Quran.Mungkin itulah pertolongan tuhan, kecederaan parah tidak menyebabkan rasa kesakitan sebaliknya diganti dengan rasa ketenangan sehingga mampu mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran..

Mungkin sebelumnya mujahid yang berperang demi agama ini, seorang hafiz Al-Quran dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.Sesungguhnya apabila kita sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah lebih hampir dengan diri kita dan dia akan sentiasa ada bersama kita lebih-lebih lagi diwaktu kesusahan, kesulitan atau penderitaan..

Sebagai rakyat malaysia kita sungguh bertuah, syukuri dan hargailah keamanan yang dimiliki serta bantulah mereka saudara seagama Islam yang terpaksa berjuang demi agama, maruah bangsa dan tanahair.Bantulah apa yang termampu, samaada melalui doa, wang ringgit, tenaga atau apa saja yang boleh memberi sumbangan ke arah kebaikan.Semoga dengan segala usaha yang termampu itu, dirahmati dan diberkati hidup kita oleh Allah SWT... Amin.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔