Tuesday, February 18, 2014

Mari Belajar Makna Bacaan Solat


  Setiap hari sebanyak 5 kali kita melaksanakan solat, ibadat asas kepada Allah SWT.Tapi adakah kita faham makna bacaan yang sering dibaca dalam solat? Tidak dapat dinafikan kebanyakan dari kita tidak memahami apa yang dibaca dan oleh sebab itu sukar untuk khusyuk ketika solat.Pelbagai lintasan hati atau fikiran kita terganggu oleh urusan perkara atau masalah harian dunia.Ketika solat itulah tiba-tiba teringat perkara yang kita terlupa, benda yang nak dibuat selepas ini dan macam-macam lagi..

Ada diantara kita memberi alasan bukan orang Arab dan tidak pandai bahasa Arab, tak kurang juga yang tiada masa kerana sibuk bekerja.. Adakah semua alasan itu boleh dijadikan lesen untuk tidak belajar makna bacaan dalam solat? Teringat pada kata-kata Dr Fadhilah Kamsah, "saya jahil, tak tahu tak berdosa..".

Iman harus diperbaiki setiap masa, begitu juga dengan solat kerana ia adalah perkara asas atau tiang agama.Ilmu agama harus dicari dan dikemaskini, jangan biarkan berterusan solat tanpa faham makna bacaan sehingga ke akhir hayat kita.Dizaman siber kini, ruang dan peluang untuk pengetahuan agama juga terbuka luas.Segala ilmu berada dihujung jari, tinggal lagi mahu atau tidak saja.Marilah kita sama-sama mempelajari makna bacaan solat secara Infografik ini, dengan lakaran kartun namun bermesej sebuah penyampaian ilmu yang kreatif...

Muaturun Video ini? Ketahui caranya di sini⇨: Muaturun Youtube

⇨Sumber: ervus

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔