Thursday, February 27, 2014

Kereta Super Polis Dubai


Menjadi anggota polis di Dubai adalah sangat bertuah, mereka berpeluang memandu kereta super dan mewah di jalanraya ketika membuat rondaan atau menjalankan tugas penting harian.

Kenderaan polis seperti kereta Chevrolet Camaro, Lamborghini Aventador dan Ferrari FF bukan lagi menjadi impian tapi kenyataan atau realiti bagi anggota polis untuk memandunya dalam usaha meningkatkan keupayaan pihak mereka menangani jenayah di sana.Apa yang pasti, jika ada penjenayah yang merasakan mereka akan terlepas dari pihak polis mereka terpaksa pertimbangkannya semula..

Apa tidaknya, selaju manapun mereka memecut cuba melarikan diri, laju lagi kenderaan yang digunakan oleh Polis. Khabarnya, dikatakan mereka mungkin menambah lagi kereta berkuasa tinggi untuk digunakan mengejar penjahat di lebuhraya.. Agaknya lepas ni, penjahat tak ada peluang lagi untuk melarikan diri...


  

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Baca Lagi ...

Wednesday, February 26, 2014

Filem Rambo 5 Terhangat Di Pasaran..


Filem Rambo sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Sesiapa yang pernah meminati filem Rambo sejak dari Rambo: First Blood hingga Rambo 4 cukup minat dan mengingati lagak aksinya yang tersendiri dimana ia dilakonkan oleh Sylverster Stallone sebagai watak heronya.
Mengimbau kembali kenangan filem Rambo 1 hingga 3, filem pendek Rambo Parodie yang dilakonkan dan diajuk oleh Al-Yankovic pasti akan membuat anda ketawa terbahak-bahak sampai bergolek.. Apapun anda pasti terhibur dan teringat-ingat aksi watak heronya.. agaknya lepas ni, filem ni sesuai letak tajuk Rambo 5: Last Blood.. Hahaha.

⇨Lawak Lagi?: Koleksi Lawak

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


Baca Lagi ...

Sunday, February 23, 2014

"Segmen Review Blog Sampai Lebam."



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 



Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Baca Lagi ...

Friday, February 21, 2014

Shanghai Tower Dipanjat 2 Lelaki Rusia Yang Nekad Berani

Dua anak muda Rusia Vadim Makhorov dan Vitaliy Raskalov telah nekad memanjat bangunan pencakar langit kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa Dubai secara tanpa kebenaran dan tiada sebarang alat keselamatan.Mereka yang terkenal dengan gelaran Urban Ninjas telah memanjat Shanghai Tower setinggi 650 meter hanya dengan membawa kamera Go Pro dan beg galas.

Tindakan nekad 2 anak muda ini telah dilakukan pada 31 Januari yang lalu, bertepatan dengan national holiday di China.Hari tersebut dipilih kerana seluruh rakyat China sedang bercuti merayakan tahun baru, tak terkecuali petugas keselamatan dan buruh yang mengerjakan pembinaan Shanghai Tower.


Ketika waktu malam menjelang tiba, keduanya mulai menyusup masuk ke dalam bangunan tersebut.Bangunan ini sebenarnya masih dalam proses pembangunan, dan mereka menaiki 120 tingkat yang ditempuh selama dua jam melalui anak tangga. Di tingkat ke-100, keduanya mengambil peluang untuk ber-selfie ria dengan pose duduk dan berjalan di pinggir balkon tanpa sebarang alat keselamatan.Gambar dan video yang diambil semasa mereka berehat di situ sungguh menakjubkan dengan pemandangan bangunan yang menembus awan.. Tidak merasa puas dengan semua itu, mereka memanjat pula tiang menara yang paling tinggi dan terakhir pada bangunan Shanghai Tower.
"Mama bakal terkejut dengan apa kita lakukan!" teriak mereka dalam bahasa Rusia.. Mereka masih mampu bergembira memperlihatkan tangan mereka yang kotor karena memanjat.Tiada kecederaan yang mereka alami semasa aktiviti memanjat hanya keletihan setelah berjaya melakukannya.


  
"Pemandangannya adalah seperti dari jendela pesawat. Target kami memanjat bangunan pencakar langit tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia. Rasanya luar biasa hebat ketika berjaya lakukannya. Langit adalah sempadannya!" kata Vadim kepada wartawan.

Wah! sungguh berani mereka berdua ini.Rasanya orang gila kat Tanjung Rambutan dan yang nak bunuh diri pun tak berani nak buat macam tu.Seriau penulis tengok aksi mereka ini..


Amaran! Jangan tiru aksi merbahaya ini.

Muaturun Video ini? Ketahui caranya di sini⇨: Muaturun Youtube

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Baca Lagi ...

Thursday, February 20, 2014

Video Lawak - Bakat Ketiak Tersepit


Bagaimana mood anda hari ini? Stress dengan bebanan dan masalah harian di tempat kerja atau dimana saja? Jom tengok video ini, tentu segala stress dialami seharian akan hilang dan menyebabkan anda tak kering gusi dibuatnya. Selamat bercuti dihari minggu...



Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Baca Lagi ...

Tuesday, February 18, 2014

Mari Belajar Makna Bacaan Solat


  Setiap hari sebanyak 5 kali kita melaksanakan solat, ibadat asas kepada Allah SWT.Tapi adakah kita faham makna bacaan yang sering dibaca dalam solat? Tidak dapat dinafikan kebanyakan dari kita tidak memahami apa yang dibaca dan oleh sebab itu sukar untuk khusyuk ketika solat.Pelbagai lintasan hati atau fikiran kita terganggu oleh urusan perkara atau masalah harian dunia.Ketika solat itulah tiba-tiba teringat perkara yang kita terlupa, benda yang nak dibuat selepas ini dan macam-macam lagi..

Ada diantara kita memberi alasan bukan orang Arab dan tidak pandai bahasa Arab, tak kurang juga yang tiada masa kerana sibuk bekerja.. Adakah semua alasan itu boleh dijadikan lesen untuk tidak belajar makna bacaan dalam solat? Teringat pada kata-kata Dr Fadhilah Kamsah, "saya jahil, tak tahu tak berdosa..".

Iman harus diperbaiki setiap masa, begitu juga dengan solat kerana ia adalah perkara asas atau tiang agama.Ilmu agama harus dicari dan dikemaskini, jangan biarkan berterusan solat tanpa faham makna bacaan sehingga ke akhir hayat kita.Dizaman siber kini, ruang dan peluang untuk pengetahuan agama juga terbuka luas.Segala ilmu berada dihujung jari, tinggal lagi mahu atau tidak saja.Marilah kita sama-sama mempelajari makna bacaan solat secara Infografik ini, dengan lakaran kartun namun bermesej sebuah penyampaian ilmu yang kreatif...

Muaturun Video ini? Ketahui caranya di sini⇨: Muaturun Youtube

⇨Sumber: ervus

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Baca Lagi ...

Saturday, February 15, 2014

Tutorial Buat Kapal Terbang Kertas - 12 Cara

Kapalterbang Kertas sememangnya tidak asing lagi bagi kita, pasti setiap dari kita mempunyai memori menarik mengenainya.. tapi tidak semua dari kita menguasai ilmu membuat Kapalterbang Kertas ini.Rupanya walaupun ianya dianggap remeh, sebenarnya mempunyai kepelbagaian seni membuatnya dan mempunyai nilai tersendiri serta boleh dikembangkan lagi.
Kemahiran 12 cara yang boleh dipelajari ini tentunya akan berguna dan bermanfaat nanti bila anda dapat aplikasikan ia untuk tujuan yang baik.Anda boleh ceriakan dunia sikecil tak kira samaada anak sendiri, anak saudara atau siapa saja dengan kemahiran ini dan ianya juga akan melatih sifat kreatif bila anda mengajarnya pula pada mereka.
Jika anda ingin menyampaikan mesej kepada yang tersayang juga boleh gunapakai kaedah ni, walaupun cara lama tapi mungkin masih berbisa... kih2.



Perhatian: Untuk besarkan Gambar sila tekan Ctrl + klik kiri tetikus..













Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Baca Lagi ...

Friday, February 14, 2014

Ciptaan Kreatif Dan Melucukan..


Kreatif dan Inovatif adalah perkara asas kepada seorang perekacipta.. namun kadang2 kalo dah terlebih kreatif dan inovatif lain pula jadinya.

Tapi lain orang, lain pula pendapatnya.. Terpulang kepada anda menafsirkannya...

⇨ Gambar 1

⇨ Gambar 2

⇨ Gambar 3

⇨ Gambar 4

⇨ Gambar 5

⇨ Gambar 6

⇨ Gambar 7

⇨ Gambar 8


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔