Monday, September 2, 2013

Tegar Septian Penyanyi Cilik

Justin Bieber Indonesia, itulah gelaran atau jolokan yang diberi buat Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian .Tegar yang dilahirkan 19 September 2001 kini berusia 11 tahun adalah bintang baru yang mula bersinar dalam arena nyanyian.Dia yang popular dengan lagu berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadi perhatian ramai menerusi Youtube sejak dimuat naik oleh Kendi Irnawan khabarnya, pada 23 May 2012 yang lalu.

Tegar berasal dari Pemalang, Jawa Barat Indonesia seorang budak lelaki yang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarganya miskin, menjadikan Tegar kanak-kanak yang berdikari dan berusaha mencari rezeki dengan mengamen (pemuzik jalanan).
Share/Bookmark


  Ayah Tegar adalah seorang buruh kasar sedangkan Ibunya adalah juga pengamen (pemuzik jalanan). Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang hanya berukuran sekitar 4 x 6 meter bersama 3 orang lagi adiknya yang masih kecil. Berbekalkan Ukulele (Gitar Kecil) dia berkeliaran di Kota Subang mencari rezeki.Namun Tegar mengaku bahawa dia mulai menjadi pengamen (pemuzik jalanan) sejak berumur 7 tahun lagi.
Perkenalan Tegar ke dalam industri muzik adalah berkat dari pengaruh Youtube. Tak ubah kisah Justin Bieber yang popular disebabkan Youtube dahulu, begitu jugalah halnya dengan Tegar.
Kisahnya bermula apabila ramai orang yang melihat pemuzik jalanan kanak-kanak yang sedang asyik menyanyi di sebuah kedai makan di suatu kota, lalu spontan beberapa penonton dari kedai makan tersebut merakam aksi tegar lalu diupload ke Youtube.

Seperti juga kisah Justin Bieber, seorang produser dari salah satu syarikat rakaman yang tertarik akan bakat dan potensi Tegar lantas mengajak tegar untuk mengikuti pertandingan vokal yang sesuai dengan umur Tegar pada ketika itu yang akhirnya dimenangi oleh Tegar.

Dari sanalah pihak produser tersebut berani untuk mempromosikan tegar di pelbagai media dan berjaya menunjukkan bahawa tegar bukan hanya seorang pengamen jalanan bahkan boleh menghiburkan para penonton di seluruh Indonesia (termasuklah promosinya yang kini hangat di Malaysia).

Apapun, semoga Tegar terus sukses dalam mengejar cita-cita dan impiannya.. Penulis pun peminat Tegar, lagunya best..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔