Sunday, January 20, 2013

Pensil Sebagai Lampu Kecemasan?

  
Share/Bookmark


Sebuah hasil seni yang indah mampu dicipta dan dihasilkan dengan menggunakan pensil.. penulis juga suka melukis dulu, ia adalah hobi dan hiburan yang dapat memberikan suatu nilai ketenangan dan kepuasan.. Haha, tapi apa yang penulis nak cerita kat sini bukan pasal seni melukis.. Tahukah anda pensil juga mampu dijadikan sebagai lampu kecemasan.Bayangkan anda memandu kereta diwaktu malam dan tiba2 kereta buat hal (masalah teknikal) dan anda terkandas pula dijalan yang gelap tanpa cahaya lampu jalan serta tidak berpenghuni.. Anda fikir anda tahu apa masalah dan cara menyelesaikannya tapi anda terlupa membawa lampu kecemasan atau lampu itu kehabisan bateri.. Apakah yang anda akan lakukan jika berada dalam keadaan sedemikian? Jangan bimbang, sekiranya anda ada membawa pensil dan pisau kecil anda mampu cipta lampu kecemasan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:-

  1. mengeluarkan mata pensil (Graphite) dan patahkan ia kepada i inci setiap satu.Sebatang pensil mampu menghasilkan cahaya selama 20 minit iaitu 4 minit bagi 1 inci..
2. dapatkan 2 wayar yang mampu mengalirkan elektrik sepanjang 3-4 kaki contohnya wayar speaker kereta sebab ia cukup panjang dan sesuai..
3. sambungkan setiap hujung mata pensil tersebut kepada punca positif dan negatif bateri kereta..

Setelah anda melakukan 3 langkah di atas anda akan mendapat cahaya yang berkilau cukup untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah kereta anda.. Tapi anda harus berhati-hati jika menggunakan kaedah ini seperti jauhkan atau elakkan dari bahan mudah terbakar terutama sekali petrol atau diesel..

Nasihat penulis, adalah lebih baik anda sediakan atau pastikan lampu kecemasan sentiasa ada dan berkeadaan baik.. gunakan kaedah ini dalam keadaan kecemasan sahaja iaitu anda tiada pilihan lain...

1 comment:

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔