Sunday, January 20, 2013

Pensil Sebagai Lampu Kecemasan?

  
Share/Bookmark


Sebuah hasil seni yang indah mampu dicipta dan dihasilkan dengan menggunakan pensil.. penulis juga suka melukis dulu, ia adalah hobi dan hiburan yang dapat memberikan suatu nilai ketenangan dan kepuasan.. Haha, tapi apa yang penulis nak cerita kat sini bukan pasal seni melukis.. Tahukah anda pensil juga mampu dijadikan sebagai lampu kecemasan.Bayangkan anda memandu kereta diwaktu malam dan tiba2 kereta buat hal (masalah teknikal) dan anda terkandas pula dijalan yang gelap tanpa cahaya lampu jalan serta tidak berpenghuni.. Anda fikir anda tahu apa masalah dan cara menyelesaikannya tapi anda terlupa membawa lampu kecemasan atau lampu itu kehabisan bateri.. Apakah yang anda akan lakukan jika berada dalam keadaan sedemikian? Jangan bimbang, sekiranya anda ada membawa pensil dan pisau kecil anda mampu cipta lampu kecemasan.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:-

  1. mengeluarkan mata pensil (Graphite) dan patahkan ia kepada i inci setiap satu.Sebatang pensil mampu menghasilkan cahaya selama 20 minit iaitu 4 minit bagi 1 inci..
2. dapatkan 2 wayar yang mampu mengalirkan elektrik sepanjang 3-4 kaki contohnya wayar speaker kereta sebab ia cukup panjang dan sesuai..
3. sambungkan setiap hujung mata pensil tersebut kepada punca positif dan negatif bateri kereta..

Setelah anda melakukan 3 langkah di atas anda akan mendapat cahaya yang berkilau cukup untuk memeriksa dan menyelesaikan masalah kereta anda.. Tapi anda harus berhati-hati jika menggunakan kaedah ini seperti jauhkan atau elakkan dari bahan mudah terbakar terutama sekali petrol atau diesel..

Nasihat penulis, adalah lebih baik anda sediakan atau pastikan lampu kecemasan sentiasa ada dan berkeadaan baik.. gunakan kaedah ini dalam keadaan kecemasan sahaja iaitu anda tiada pilihan lain...
Baca Lagi ...

Tuesday, January 8, 2013

Radio Internet Malaysia - WarungChat FM

lg_WCFM
WarungChat
Now Playing:


WarungChat & Entertainment Network is an internet advertising company that uses this medium to maximum value which is more than what the internet could provide to us. We provide multifunction website which is social network, radio for entertainment, advertising and others. We do a wide range services particularly in term of advertising with lowest cost compared to other companies in its class. There is no limited age or category to access this medium as long they not bring and discuss any sensitive issues that related to political, religion and race. We will not take any responsibility if have some of the members bring that issues in this medium.
Baca Lagi ...

Thursday, January 3, 2013

Mohon Bantuan untuk Saudari Zakiah (End Stage Renal Failure, Both Kidneys)

Share/Bookmark
Saudari Zakiah (berselimut) dan teman sejati Zya (duduk disebelah Zakiah, bertudung hitam dan berbaju merah).

Petang tadi setelah sibuk seharian menguruskan kereta saya yang sudah lama menggamit perhatian dengan bermacam2 bunyi, sewaktu balik dari bengkel saya melihat ke skrin Galaxy Note dan satu emel dari Tuan YDP WargaKilang Sdr Monier menarik perhatian saya serta merta.

Tajuk emel beliau berbunyi “Mohon Bantuan”.

Beberapa hari lepas Sdr Monier dimasukkan ke hospital, saya difahamkan beliau mengalami masalah sesak nafas malam tersebut. Hanya dua hari sebelum itu saya ada bersama2 beliau masuk kampung keluar kampung sekitar Selama dan Bukit Kurau, menyampaikan bantuan untuk lebih kurang 150 kanak2 sekolah menengah dan rendah dari kalangan keluarga2 miskin dipendalaman Perak itu.

Dalam hati saya, mohon bantuan apa pulak yg Monier minta ni? Bila membaca emel tersebut, ringkas sahaja tulisan beliau.

“Team tengah, Ini ada email dari azmang kemamang, mohon follow up.”

Dari body emel tersebut, antara yang tertulis:-

“Nama: zakiah binti hj muhammad saleh
Alamat : (Di padam kan buat sementara sehingga dapat kebenaran untuk disiarkan)
Contact no : 019-3898200
Fb : mutiara emas sb k za x de acc fb sndri
Bimb acc : 14195020069824
Status : end stage renal failure (both kidneys)
On permanent dylisis (CAPD)
Kalu ad pape yg k intan nk tny lg bgtao la ya.. Zya pun buntu…
Terima kasih kak…..”

Isi kandungan emel tersebut dari seorang insan yg hanya dikenali sebagai Zya kepada Saudara Azman Alias, otai WargaKilang dari Kemaman Terengganu.

Pada mula nya saya hanya berniat untuk memberikan bantuan sekadar yg termampu dengan bantuan sedikit wang tunai terus ke akaun yg tertera. Namu setelah selesai solat asar, hati saya terdetik, perlukah saya melawati insan bernama Zakiah ini dan melihat sendiri keadaannya. Tidak berasa senang dihati saya, lalu saya cakap pada isteri saya dan minta dia temankan saya melawat dua sahabat ini. Lebih kurang jam 7:00ptg saya sekeluarga memulakan perjalanan dari rumah ke Shah Alam dan setelah selesai solat maghrib disebuah surau berdekatan rumah dua sahabat ini, kami tiba di destinasi yang dituju lebih kurang jam 8:20mlm.. tujuan saya untuk mengetahui dgn lebih lanjut dan kalau2 ada apa2 yang saya boleh tolong.


Di pendek kan cerita, Saudari Zakiah dan Saudari Zya (nama penuh saya lupa nak tanya) adalah dua orang sahabat yang bersama2 menceburi bidang perniagaan beberapa tahun yang lalu dan boleh dikatakan berjaya dalam bidang yg diceburi. Namun begitu, walaupun dengan segala usaha berserta keyakinan diri, takdir Allah menguji mereka dengan mengalami masalah dalam perniagaan dan atas sebab2 yang tidak dapat saya nyatakan disini, perniagaan yg berkembang maju tiba2 merosot.

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, Saudari Zakiah secara tiba2 mengalami sakit berkaitan buah pinggang dan keadaan menjadi bertambah kritikal. Setelah dua tahun masuk hospital dan keluar hospital, menjalani pelbagai pembedahan dan rawatan, Saudari Zakiah kini disahkan oleh doktor pakar mengalami “end stage renal failure (both kidneys)” dan memerlukan rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) seumur hidup, iaitu sejenis rawatan dialisis yang boleh dilakukan dirumah.


Zakiah menjalani pembedahan… di lehernya adalah bekas rawatan dialisis dihospital

Walaupun dilakukan dirumah, kos untuk rawatan CAPD ini agak mahal dan setelah dua tahun menghadapi masalah kesihatan ini dengan perbelanjaan sendiri, kedua2 sahabat ini sudah membelanjakan kesemua simpanan mereka (akaun mereka sudah negative, kata Zya menerangkan kepada saya).

Antara barangan yang di perlukan untuk rawatan CAPD dirumah

Saudari Zakiah kini tinggal dirumah adik nya di Shah Alam manakala kedua ibu dan bapanya sudah meninggal dunia. Selama ini, Saudari Zya lah yg menemani beliau dan membantu menguruskan kehidupan seharian Zakiah. Zya kini tidak lagi melakukan apa2 pekerjaan kerana tidak sanggup meninggalkan sahabat karibnya dirumah sendirian kerana sudah beberapa kali Zakiah mengidap sawan dan agak membahayakan diri jika bersendirian. Disamping itu, Zakiah memerlukan bantuan untuk rawatan CAPD setiap empat jam.


Keperluan untuk tujuan sanitary dibilik air.

Salah satu dari bilik dirumah beliau kini dijadikan bilik rawatan dialisis dimana kebersihan perlu dijaga dengan amat teliti demi untuk memastikan keberkesanan rawatan yang perlu dilakukan setiap empat jam dalam sehari, sebab itulah Zya sanggup tidak bekerja demi untuk berbakti kepada teman karibnya yang sanggup jatuh bangun bersama dalam medan perniagaan. Tapi sudah jelas, dua sahabat sejati ini kini memerlukan bantuan (sokongan moral dan kewangan) demi meneruskan perjuangan yang bakal menentukan hidup dan mati seorang sahabat.

Kekangan dari segi kewangan bukan setakat untuk rawatan CAPD sahaja, tetapi Zakiah juga memerlukan penjagaan dari segi pemakanan yg dapat membantu beliau menghadapi masalah kesihatan beliau yg sangat kritikal. Zakiah memerlukan sejenis susu khas bersama sejenis minuman khusus untuk pesakit renal seperti yg tertera didalam gambar dibawah.
Dietary khusus untuk nutrisi pesakit renal..

Bila saya tanya Saudari Zya berapakah kos untuk dua item diatas, beliau tidak tahu kerana selama ini, bekalan diberikan oleh pihak hospital. Namun begitu, stok sedia ada untuk jenis Nepro ini hanya mampu bertahan sehingga esok sahaja.

Disamping itu, Zakiah yang hanya baru pulang kerumah dari hospital petang tadi untuk rawatan, juga memerlukan sejenis ubat yg hanya diberikan preskripsi dari hospital (mungkin kerana tidak terdapat stok di hospital atau sebab lain yg tidak diketahui). Esok, Insyaallah saya akan cuba mencari ubat ini di farmasi atau pusat dialisis terdekat sebab Saudari Zya tidak dapat meluangkan banyak masa demi menjaga Zakiah yang memerlukan bantuan setiap empat jam.


Selain itu, untuk kebaikan teman nya Zakiah, Saudari Zya hanya mengharapkan keberkatan dan bantuan Illahi dengan membekalkan air Zam-Zam kepada Zakiah, tapi sebagaimana diketahui umum, kos nya juga agak mahal dan susah didapati. Sehingga kini, Zakiah sudah boleh berjalan berbanding sebelum ini, namun Zya mencadangkan sebuah kerusi roda amat sesuai untuk memudahkan membawa Zakiah ke hospital untuk rawatan susulan dimasa akan datang.

Dalam mood yang agak ceria semasa berbual dengan kami seperti sudah lama kenal antara satu sama lain, Saudari Zya ada memaklumkan, beliau akan melepaskan rumah sewanya untuk mengurangkan kos, disamping itu, kereta kepunyaan Saudari Zakiah sudah tiga bulan tidak berbayar ansurannya, belum lagi difikirkan bagaimana untuk membayar sedikit lagi baki hutang perniagaan yang telah gagal dibayar sejak sekian lama… menambahkan lagi kusut pasangan sahabat ini. Mereka memberitahu ada memikirkan untuk jual saja kereta ini tetapi itulah satu2 nya kenderaan milik Zakiah digunakan kesana kemari oleh Zya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Setakat ini, Saudari Zakiah tidak menerima bantuan dari mana2 agensi seperti JKM, Baitulmal atau badan2 zakat.

Itulah serba sedikit yang dapat saya tuliskan berkenaan dua sahabat ini sebagai memenuhi tanggungjawab membantu sesama insan dan dengan itu saya merayu dan memohon kepada seluruh ahli2 WargaKilang, kaum keluarga dan sahabat handai, supaya dapat menghulurkan bantuan kewangan terus ke akaun Bank Islam Zakiah bt Muhammad Saleh, 14195020069824 demi meringankan bebanan yang ditanggung oleh Saudari Zakiah dan Saudari Zya ini..

Kepada yang ingin membantu menaja keperluan utama seperti dibawah :

1. Stok peralatan rawatan CAPD,
2. Diet nutrisi khusus (Nepro dan Myoteins, seperti tertera dalam gambar diatas),
3. Kerusi roda,
4. Air Zam-Zam
5. Dan lain lain keperluan

boleh lah menghubungi Saudari Zya 019-3898200 atau menghubungi Che Jaafar (010-4030401) untuk keterangan lanjut.

Marilah sama2 mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan kita semua (urusan dunia dan urusan akhirat) terutamanya untuk Saudari Zakiah dan Saudari Zya. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik tuan2 dan puan2 membantu mereka yang memerlukan, semoga ada kebaikannya dari tulisan saya yang tidak seberapa ini.

Jazakallah.


Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔