Monday, December 17, 2012

Radio Malaysia - Hot FM





Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu milik Synchrosound Studio Sdn Bhd , anak syarikat Media Prima.. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006. Hot FM mengambilalih frekuensi WaiFM milik Datin Seri Tiara Jacquelina, setelah WaiFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.

Hot FM mengudara selama 24 jam sehari. Diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian, Hot FM menyiarkan lagu-lagu 90-an, lagu-lagu Melayu terbaru, Indonesia, dan antarabangsa serta informasi tentang muzik.

Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan


P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔