Tuesday, December 4, 2012

Aku Muslim

Ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Saya telah menghadiri satu majlis ilmu untuk memberikan pengisian slot tentang kewajipan solat. Kelompok pendengarnya sekitar 20 orang yang terdiri daripada wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun.

Antara persoalan yang saya lontarkan,

“Kalau ada seorang anak kecil bertanyakan kepada kita, ‘Ibu ... kakak, siapa Allah?' Apa kita nak jawab?”

“Allah Tuhan kitalah.”

“Tuhan itu apa?”

“Tuhan tu Allah lah.”

Mula terdengar bisikan dan tawa daripada para hadirin di hadapan saya. Saya mula bertanya kepada setiap orang yang ada, dan seorang pun tidak dapat menghuraikannya. Jawapan yang mereka berikan seperti kisah ayam dan telur. Manakah yang datang dahulu? Tiba-tiba keliru. Jawapan terhenti di situ sahaja. Tuhan itu Allah. Allah itu Tuhan.

Kalau anak itu bertanya pula, "Allah mana? Tak nampak pun"

Hadirin mula tersenyum-senyum.

"Allah ada di langit"

"Baik, kalau begitu siapakah yang mencipta langit?"

"Allah" jawapan diberi penuh yakin.

"Sebelum Allah mencipta langit, Allah ada di mana?"

Emmm... mula ragu-ragu dan keliru lagi.

Apakah masalah yang ada pada kelompok ini? Kurang berfikir? Kurang belajar? Atau langsung tidak pernah berfikir dan belajar? Mereka Muslim? Ya tetapi tidak kenal Allah? Satu perkara yang perlu dirisaukan. Jadi, Islam hanya pada kad pengenalan sahaja?

Sembang-sembang, renung-renung ... “Aku Muslim?”, menyentuh topik-topik yang ringan dan santai bermula dengan hikmah kejadian manusia sehinggalah ke topik muhasabah Islam dalam diri, dengan harapan ia dapat menjadi medium bagi para pembaca membuka minda, merenung dan menilai kualiti diri sebagai seorang Muslim. Wallahua’lam.


Aku Muslim
Nur Khairunnisa
  • Kod Produk: TB0156
  • ISBN: 978-967-388-103-1
  • Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM18.00
  • Harga Ahli VIP: RM17.00 (BP: 0.80)
  • Berat:  300 g
  • Kesesuaian Usia:  Umum

"Mengenali diri, mendalami ad-Din dan menjiwai hakiki seorang Muslim"



Nota: ⇨Untuk dinaik taraf menjadi Ahli VIP dan nikmati pelbagai faedah tambahan anda hanya perlu membuat satu belian pada Harga Pasaran (min. RM15.00) dan status anda akan secara otomatik ditukar kepada Ahli VIP.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔