Monday, December 31, 2012

Nak Tahu Jantina Laptop/Pc Anda?


Share/Bookmark


Mungkin anda tidak tahu yang sebenarnya laptop/pc korang ada jantina.. Jadi bagaimana cara nak ketahuinya? Senang saja, apa yang perlu anda buat ialah buka Notepad dan tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"i'm your computer, and i can talk, kamu suka suka suka suka nampak ghighi ghighi ghighi"





Lepas itu 'Save as'

'Save as' fail tadi ke Desktop dengan apa-apa nama fail seperti:- jantina.vbs pastikan extension file .txt anda tukar kepada .vbs


Bila dah save fail tadi akan jadi icon cam gambar kat sebelah ni.. Double Klik Icon tu nanti akan keluar dia punya suara.. Ada dua jantina je sama ada lelaki atau perempuan.. Bapok atau Pondan tak de Ya.. Haha ha..

Penulis dah try dan laptop aku ni suara pompuan..kih2x


Selamat Mencuba....



P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Tuesday, December 25, 2012

Allah Tidak Pernah Silap


Adakalanya apabila Allah memperlihatkan kepada kita kasih sayang binatang ini terhadap kanak-kanak istimewa tersebut, mungkin ia adalah satu sesi Allah memperli manusia berhati syaitan bahawa ada binatang yang lebih mulia dari syaitan berwajah manusia tersebut.

Ke mana agaknya nilai kemanusiaan kita hari ini? Maka selain Allah memperlihatkan kemuliaan binatang itu dalam menyantuni manusia, Allah mengherdik manusia yang yang bersikap lebih teruk dari binatang!

Firman Allah:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” - Al-'Araaf-179.


⇨Sumber: Facebook



P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Monday, December 24, 2012

JUTAWAN ARAB SAUDI MILIKI USD7.7 BILLION-MEMILIH UNTUK JADI MISKIN SEMULA



Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.


Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi :

1) Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.

2) Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).

3) Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.

4) Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.

5) Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.

6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

7) Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

8) Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

9) Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

12) Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.


MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA.

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya. Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.


⇨Sumber: syahrilkadir.wordpress.com


P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Aneh! Imej Lelaki Bercahaya Di dalam Masjid Nabawi Dirakam CCTV



  Gempar! Imej lelaki yang bercahaya (dalam bulatan) berjaya dirakam CCTV Saluran Sunna Al Nabawi ketika khutbah jumaat di Masjid Nabawi pada hari Jumaat 7 Disember 2012.

Sesuatu yang aneh telah berlaku, ia mungkin apa sahaja seperti bayang akibat pancaran cahaya matahari, jin islam, malaikat atau manusia biasa.. apapun ianya tetap ganjil dan merupakan sesuatu yang menarik perhatian.

Pelbagai spekulasi dan tanggapan telah dilontarkan oleh setiap orang tentang 'Lelaki Bercahaya' ini sejak video mengenainya tersebar di internet.Namun apa yang pasti, video rakaman cctv ini bukan palsu atau hasil edit ianya adalah benar2 berlaku..

Topik mengenai video ini masih hangat diperkatakan dan diperdebatkan oleh orang ramai dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.Haramain.info sebagai sebuah Haramain Blog yang terbesar dan utama turut memberi penjelasannya yang tersendiri..

Menurut pihak Haramain ianya adalah berpunca dari pancaran cahaya matahari... Walauapapun tafsiran dan jawapan yang diberikan, terpulanglah pada fikiran dan pengetahuan masing-masing.Sesungguhnya hanya Allahlah sahaja yang lebih mengetahui.Wallahu A'lam..


⇨Sumber: Sun Light Making Things Strange in Masjid Al Nabawi
Sun Beam| To Clarify Strange Thing in Masjid Nabawi


P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Sunday, December 23, 2012

Radio Malaysia - IKIM.fm



IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang berkonsepkan pendekatan dakwah Islami melalui media penyiaran yang beroperasi selama 24 jam sehari di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Frekuensi IKIM.fm dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang), pada awal tahun 2000. Ia juga boleh diikuti melalui internet di laman webnya.Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris...
Baca Lagi ...

Monday, December 17, 2012

Radio Malaysia - Hot FM





Hot FM merupakan radio berbahasa Melayu milik Synchrosound Studio Sdn Bhd , anak syarikat Media Prima.. Siarannya dipancarkan dari Sri Pentas, Bandar Utama. Hot FM memulakan operasi ujian pemancaran bermula 15 Januari 2006 dan mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2006. Hot FM mengambilalih frekuensi WaiFM milik Datin Seri Tiara Jacquelina, setelah WaiFM menutup operasi dan dibeli oleh Media Prima.

Hot FM mengudara selama 24 jam sehari. Diterajui oleh bekas penyampai Era FM, Seelan Paul sebagai Pengarah Rangkaian, Hot FM menyiarkan lagu-lagu 90-an, lagu-lagu Melayu terbaru, Indonesia, dan antarabangsa serta informasi tentang muzik.

Pada tahun 2009, Hot FM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan


P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Sunday, December 16, 2012

Radio Internet Malaysia - Best FM



BestFM Radio ditubuhkan pada 7 october 2011 pada hari jadi saya sendiri Bunga Larangan BestFM atau lebih dikenali sebagai Munge BestFM, Radio ini berjaya dibuka atas usaha , dorongan dan sokongan kawan2 saya yang walaupun pada mulanya hanya beberapa kerat tapi amat berharga dan bermakna iaitu Orked Laa , DeeJay Ela ,Ahcai BestFM, adik Deliesya , Abg Awie , Kak Azizah , Kanda Shah Putra dan yang paling penting mama kandung munge sendiri turut memberi sokongan dan dorongan iaitu Mama Khaty Azian.Thanks u all semua , i love u forever ~Alhamdulillah sekarang BestFM telah mula dikenali dan mempunyai pendengar sendiri.

BestFM Radio bukan saja bertujuan untuk menghiburkan pendengar di facebook dengan lagu2 permintaan mereka sendiri malah telah menjadi seperti satu comunity kecil , di sini kita boleh berkenalan dengan rakan baru ataupun 'KEEP IN TOUCH' dengan rakan2 lama yang da lama tak jumpa sambil bergurau senda dan berkejar-kejaran di wall BestFM Radio dan dihidangkan dengan lagu2 dan celoteh DeeJay , sangat sesuai untuk release tension setelah penat pulang berkerja seharian.


⇨Sumber



Baca Lagi ...

Thursday, December 13, 2012

GAMES YANG MENGHINA AGAMA ISLAM

Share/Bookmark
1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
  Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.




Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karakter c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Skrip watak c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya..

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu) “wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan”
  dan dia membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karakter tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

“Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy”.





Sememangnya, banyak lagi kalau nak disenaraikan permainan yang sebegini.. apa yang penulis ingin sampaikan adalah sebenarnya kita Umat Islam tanpa sedar telah dijajah dan diserang secara minda (psikologi) dan ia adalah lebih merbahaya dari secara fizikal yang mana jelas kelihatan pada pandangan luaran....



P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Tuesday, December 4, 2012

Aku Muslim

Ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Saya telah menghadiri satu majlis ilmu untuk memberikan pengisian slot tentang kewajipan solat. Kelompok pendengarnya sekitar 20 orang yang terdiri daripada wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun.

Antara persoalan yang saya lontarkan,

“Kalau ada seorang anak kecil bertanyakan kepada kita, ‘Ibu ... kakak, siapa Allah?' Apa kita nak jawab?”

“Allah Tuhan kitalah.”

“Tuhan itu apa?”

“Tuhan tu Allah lah.”

Mula terdengar bisikan dan tawa daripada para hadirin di hadapan saya. Saya mula bertanya kepada setiap orang yang ada, dan seorang pun tidak dapat menghuraikannya. Jawapan yang mereka berikan seperti kisah ayam dan telur. Manakah yang datang dahulu? Tiba-tiba keliru. Jawapan terhenti di situ sahaja. Tuhan itu Allah. Allah itu Tuhan.

Kalau anak itu bertanya pula, "Allah mana? Tak nampak pun"

Hadirin mula tersenyum-senyum.

"Allah ada di langit"

"Baik, kalau begitu siapakah yang mencipta langit?"

"Allah" jawapan diberi penuh yakin.

"Sebelum Allah mencipta langit, Allah ada di mana?"

Emmm... mula ragu-ragu dan keliru lagi.

Apakah masalah yang ada pada kelompok ini? Kurang berfikir? Kurang belajar? Atau langsung tidak pernah berfikir dan belajar? Mereka Muslim? Ya tetapi tidak kenal Allah? Satu perkara yang perlu dirisaukan. Jadi, Islam hanya pada kad pengenalan sahaja?

Sembang-sembang, renung-renung ... “Aku Muslim?”, menyentuh topik-topik yang ringan dan santai bermula dengan hikmah kejadian manusia sehinggalah ke topik muhasabah Islam dalam diri, dengan harapan ia dapat menjadi medium bagi para pembaca membuka minda, merenung dan menilai kualiti diri sebagai seorang Muslim. Wallahua’lam.


Aku Muslim
Nur Khairunnisa
  • Kod Produk: TB0156
  • ISBN: 978-967-388-103-1
  • Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM18.00
  • Harga Ahli VIP: RM17.00 (BP: 0.80)
  • Berat:  300 g
  • Kesesuaian Usia:  Umum

"Mengenali diri, mendalami ad-Din dan menjiwai hakiki seorang Muslim"



Nota: ⇨Untuk dinaik taraf menjadi Ahli VIP dan nikmati pelbagai faedah tambahan anda hanya perlu membuat satu belian pada Harga Pasaran (min. RM15.00) dan status anda akan secara otomatik ditukar kepada Ahli VIP.
Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔