Thursday, November 22, 2012

Robot Serangga Nyamuk Dicipta



Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pesawat perisikan tanpa pemandu dan membangunkan teknologi pesawat mikro yang boleh hadir dalam bentuk sekumpulan serangga bersaiz kecil dan mampu terbang.

Menurut maklumat internet yang diperolehi dari pelbagai sumber, pasukan penyelidik di Johns Hopkins University melalui kerjasama dengan Jabatan Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang membangunkan apa yang disebut sebagai kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas perisikan dipelbagai tempat dan negara.

Serangga robot itu direka sedemikian rupa supaya dengan mudah dapat menyusup ke kawasan bandar, walaupun faktor padatnya bangunan dan kumpulan orang ramai, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga kehadirannya dan tanpa halangan serta sangat praktikal. Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera seberat 0.15 gram dan mikrofon built-in.

Alat peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan jarum bersaiz kecil super-mikron untuk mengambil sampel DNA dan terbang dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa meninggalkan sebarang kesan tanda.

Drone serangga super perisikan ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan. Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam membangunkan teknologi serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka.

AS tidak sendirian dalam membuat drone ini, terdapat negara lain seperti Perancis, Belanda dan Israel juga membangunkan peranti yang sama tetapi berbeza.Negara Israel misalnya, melalui Israel Aerospace Industries IAI telah berjaya menghasilkan Drone berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram dan kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam sebuah bangunan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔