Monday, November 12, 2012

Misi Sinar Harapan : Dana Kembali ke Sekolah 2013


Share/Bookmark


Assalamualaikum
Semoga dilindungi Allah sentiasa.


Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan Dana Kembali ke Sekolah seperti tahun2 sebelum ini. Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta. Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada. Memandangkan musim tengkujuh sudah mula menjengah, kami akan selesaikan dulu Misi di kawasan2 biasa dilanda banjir, iaitu di kampung2 sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan.

Insya-Allah Misi di destinasi pertama-Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan akan berlangsung pada 11-13NOV 2012.

Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak
4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan
5. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang

☑Target: 100 pelajar x RM100(pakaian sekolah, kasut, beg & alat tulis) Untuk maklumat lanjut sila hubungi☎:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
En Jamaluddin 019-5414673 jamaluddinbinhassim@yahoo.com

atau lawati blog:

1.⇨
2.⇨
3.⇨



Eksekutif Suri
KUALA LUMPUR, Malaysia
Kami merupakan aktivis bebas yang memperjuangkan nasib anak yatim, anak2 terbiar, OKU, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, pelajar madrasah al-Quran & tahfiz. Tanpa mengira penat lelah & balasan sekadar mencari keredaan Allah dan bekalan di akhirat nanti..

Untuk melihat matlamat perjuangan kami sila klik ⇨Perjuangan Kami..






Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

Terima kasih diucapkan kepada Anda yang sudi bekerjasama membantu menjayakan aktiviti atau program seperti ini.. Semoga dengan sedikit usaha atau sumbangan yang mampu diberikan dapat membawa sinar harapan kepada mereka yang kurang bernasib baik..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔