Tuesday, November 6, 2012

Kereta Anda Kurang Prestasi?


Share/Bookmark


  Memiliki kereta adalah satu keutamaan dan idaman bagi kebanyakan orang atau masyarakat kini.. jika dulu ianya dianggap sebagai suatu Aset yang bernilai tinggi, kini tidak lagi bahkan dianggap sebagai satu barang keperluan iaitu salah satu perkara asas yang perlu ada dalam kehidupan masa kini... Namun tidak semua orang mampu membeli kereta yang baru maka ramai yang membeli kereta terpakai kerana ianya murah dan tidak begitu membebankan.Hakikatnya tidak semua kereta terpakai itu berkeadaan baik dan bagus prestasinya, pasti bila dipakai lama berbagai masalah akan timbul tambahan pula jika kereta itu telah agak lama digunakan.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, begitu juga dengan masalah kereta terpakai atau kereta yang telah lama digunakan.Tidak perlu untuk menukar enjin atau membeli kenderaan lain, cukup dengan mengenalpasti punca2 yang menjadi penyebab kereta itu 'Kurang Prestasi'.


 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Kereta lembab tak ada pickup
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ok Masalah Kereta kurang pick up ni agak general dan banyak punca bagi kereta dah lama pakai dan  telah berusia .. Perkara ni kena rujuk pada makenik apa masalah yang dihidapi pada kereta tersebut..

Kalau kereta Standart korang kurang pick up atau lembab atau terasa berat... berkemungkinan ini antara puncanya...
1.Minyak petrol yang digunakan tidak sesuai dengan enjin Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai.. Cuba try RON95 dan RON97 mana yang sesuai dengan kereta korang..

2.Mungkin semasa kita membuat penukaran minyak hitam enjin kereta terlalu banyak ( bubuh banyak sampai lepas tahap maxsima), atau minyak hitam enjin kereta kurang sesuai ( terlampau pekat)..

3.Pernah tak korang buat masa tukar minyak hitam enjin bubuh Engine Oil Treatment.. Sekira boleh, masukkan sedikit Engine Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak hitam.. jangan ler letak banyak tau.. 1/2 botol cukup ler. Tujuannya memberikan lebih perlindungan pada bahagian dalaman enjin dan selain itu meringankan dan melancarkan lagi pergerakkan piston turun naik..

4.Cuba periksa spark plug jika sudah lama. Berkemungkinan juga apinya kurang dan boleh menyebabkan pembakaran kurang efisyien power enjin kurang atau mungkin masalah pada plug cable . Ini juga boleh jadi punca bekalan spark kurang..

5.Cuba periksa air filter kereta korang.. Kalau air filter dah kotor boleh menyebabkan bekalan udara pada enjin masuk tidak banyak.

6.Bagi kereta yang guna carburetor, rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor... maybe tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon... Kaburetor yang dipasang pada enjin kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan pantas seperti ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah yang bermasalah.

7.Kalau kereta mengunakan fuel injection.. mungkin juga injektor tersumbat. Ini juga boleh mengurangkan kecekapan enjin.. Jadi kenalah buat servis bersihkan injector dengan menggunakan Pressurized Fuel Injector Cleaner bagi memberikan kelancaran semburan injector lebih baik dan sempurna.

8.Sensor EFI kotor - selalunya boleh diservis saja. Sensor EFI yang kotor boleh menyebabkan fungsi EFI kurang cekap.so kena bersihkan ajerr..

9.Fuel filter kereta tersumbat . Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol ( dah tersumbat).. kalau dah lama tak ganti mungkin juga menyebabkan aliran minyak masuk kurang efisyen..Mungkin korang tak pernah tukar baru fuel filter korang tu yang dah bertahun tahun.. kat mana kedudukan fuel filter ni? Sesetengah kereta korang kena cari bawah kereta yang antara tangki minyak yang bersambung dengan pipe petrol..

10. Pernah tak korang buat 6 bulan sekali mesti bubuh Fuel system cleaner atau injektor cleaner dalam tangki minyak petrol kereta korang... Isi minyak petrol penuh satu tangki kemudian bubuh pula Fuel sytem cleaner.. Ini bertujuan mencuci dan membersihkan kotoran dan keladak-keladak yang terkandung dalam fuel sistem kereta korang dari tangki minyak, piping, hose, masuk ke injector atau carburator hingga ke ruang pembakaran.. Kalau kita ada buat, kesemua fuel sistem akan bersih dan memberikan kesan pickup kereta yang lebih baik.

11. Tuning kereta dah lari..Mungkin RPM rendah atau tidak stabil.. mungkin enjin kene tuning sikit supaya performance ada balik macam sediakala. Buat ignition timing menggunakan lampu strobe light.

12.Clutch plate dah haus, habis dan nipis.. Clutch Plate kalau dah haus, kereta memang lembap sikit. Kalau naik bukit ajer tekan minyak mengaum jer enjin tapi keretanya lembap atau menghadapi kesukaran masa memotong kereta di hadapan (kereta tak pergi laju)

13.Minyak gear atau minyak ATF kereta sudah kotor dengan kelikatan yang tidak betul menambah beban pada enjin.. setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment... Ini bertujuan melembutkan lagi dan memberi perlindungan pada gearbox selain meringankan pergerakkan..

14.Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' walaupun sudah servis aircond, kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.

15.Ada sesetengah orang memasang voltage stabilizer sebagai Penstabil Voltan untuk support eletrik pada alat eletronik kereta ini termasuklah kawalan minyak ialah injection dan computer box , dapat bekerja dengan baik tanpa beban eletrik yang berat supaya suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Sekali gus menstabilkan pick-up kereta.

16.Ekzos kereta tersumbat atau bocor.. Seharusnya seluruh sistem perlu diperiksa. Mungkin dah banyak karbon.. Sesetengah orang tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah kemudian tukar muffler straight flow.. biasa kedai ekzos kereta cakap performance lebih responsif dan lebih pick-up.

17.Saiz roda atau sportrim terlalu besar. jika terlalu besar ia akan jadi terlalu berat dan akan memberi kesan kurang pick up .. Sebabnya tayar dah lebar dari biasa, daya geseran tayar dan permukaan jalan pun bertambah, itu puncanya permulaan pecutan kereta kurang pick up..

18.Tekanan udara tayar yang rendah - juga penyebab beban berlebihan atau mungkin juga penjajaran kereta tidak betul.. Walaupun benda ni nampak remeh, ini juga menyebabkan kita terasa kereta agak berat ketika memandu. 19.Untuk kereta lembab pick up (underpower) apabila usia dah masuk 7 tahun, elok ler buat top overhaul. Simptom-simptom enjin yang memerlukan top overhaul seperti asap putih jelaga atau mungkin juga enjin ada kebocoran gasket..



⇨Sumber




Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔