Saturday, November 3, 2012

Ayat Mengesan Jin Dalam Badan



Assalamualaikum dan salam buat semua...

Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yang terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu adalah susah dan sukar nak dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita.. Demikianlah juga tubuh badan kita sendiri, jika badan kita dihinggapi atau diserang virus yang sukar dikesan apalagi kalau hendak dihapuskan kerana tiada teknologi untuk mengatasinya... Ya, sungguhpun kemajuan teknologi manusia di abad ke 21 kini sudah mencapai tahap yang hebat dan membanggakan namun tetap masih ada kekurangan dan kelemahannya.

Jika badan kita diserang virus Jin adakah kita dapat mengesannya di Hospital? Sudah tentu tidak bukan? Jadi bagaimana nak scan virus itu? Disinilah letaknya salah satu kelebihan atau mukjizat Al-Quran sebagai ubat yang universal dan tidak terbatas..

Salah satu Kaedah untuk berusaha menangani masalah ini adalah dengan menggunakan Ayat Ruqyah.Ayat ini bukan sahaja boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dalam badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN dari tubuh badan kita. Berikut adalah cara menggunakannya:-
1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dengan volume yang kuat
2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati
3.SEKIRANYA…badan anda BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAK DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…
ini beerti badan anda dihuni JIN..
sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye.. syirik tu.






Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔