Friday, October 19, 2012

Kaedah Didik Anak Hafal Al-Quran Seawal Usia 3 Tahun

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan "..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama." jelasnya.
Mendidik anak untuk menghafal Al Quran dari kecil bukanlah satu perkara yang mustahil. Sebagai contoh, Adik Darwisya Adrianna Rojali telah pun mendapat Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun. Adik Darwisya adalah penerima sijil yang termuda semasa konvokesyen dan dalam sejarah Akademi Darul Huffaz yang berlangsung di Putrajaya pada 2 tahun lalu. Selepas itu beliau mula menghafal surah-surah pilihan.

Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai cara belajar yang berbeza, Berbanding dengan anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Jika ibubapa mempunyai anak yang pelat, bersegeralah ajarkan mereka al Quran kerana ia adalah 'speech therapy' bagi kanak-kanak tersebut. Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk berbuat begitu selalu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak pelat, segeralah ajarkan mereka al Quran kerana al Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat.

⇨Klik Sini Untuk Ketahui Lanjut..


Rasululullah pernah bersabda:
"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).




Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔