Wednesday, October 24, 2012

Tonton Rancangan Sukan Secara Langsung


Share/Bookmark

Saksikan rancangan Sukan kegemaran anda yang bersiaran secara langsung dari seluruh Dunia!




IKUTI LANGKAH DIBAWAH
Langkah 1: Set Time > GMT +8 (jika anda di Malaysia)

Langkah 2: Cari Perlawanan Yang Mahu Ditonton

Langkah 3: Klik Video

Langkah 4: Pilih Link Video Yang Bersesuaian

Langkah 5: Selamat Menonton!





Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

Baca Lagi ...

Sunday, October 21, 2012

Permainan Beach Soccer

  
Share/Bookmark


Beach Soccer
Beach Soccer ~ Sebuah permainan Bola Pantai ala futsal yang menghiburkan dan memiliki beberapa aksi gaya serangan yang tersendiri.. Ketuai pasukan anda melalui kejohanan Bola Pantai ini. Kawal Pemain, menggelecek, bagi bola kepada rakan pasukan, rampas bola dan tendang untuk ⇨Gol!!


Controls ☑

Pergerakan >Butang Anak Panah (Arrow keys).    Z - Bagi Bola  X - Tendang/Rampas Bola   C - Meloncatkan Bola dan V - Ubah Sudut Kamera
Gaya Skill:- Cari sendiri.. kih2x.



Makluman Teknikal:
Sekiranya anda menghadapi masalah game takleh nak Load, itu maknanya anda tiada Adobe Shockwave Player dan anda harus ⇨Klik Sini untuk Download dan selepas itu klik semula kat | Pop Up Player | untuk main Beach Soccer.. Terima Kasih.




Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

Baca Lagi ...

Friday, October 19, 2012

Kaedah Didik Anak Hafal Al-Quran Seawal Usia 3 Tahun

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan "..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama." jelasnya.
Mendidik anak untuk menghafal Al Quran dari kecil bukanlah satu perkara yang mustahil. Sebagai contoh, Adik Darwisya Adrianna Rojali telah pun mendapat Sijil Hafazan 30 Surah Terakhir pada umur 3 tahun. Adik Darwisya adalah penerima sijil yang termuda semasa konvokesyen dan dalam sejarah Akademi Darul Huffaz yang berlangsung di Putrajaya pada 2 tahun lalu. Selepas itu beliau mula menghafal surah-surah pilihan.

Anak lelaki dan anak perempuan mempunyai cara belajar yang berbeza, Berbanding dengan anak perempuan, anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Jika ibubapa mempunyai anak yang pelat, bersegeralah ajarkan mereka al Quran kerana ia adalah 'speech therapy' bagi kanak-kanak tersebut. Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk berbuat begitu selalu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak pelat, segeralah ajarkan mereka al Quran kerana al Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat.

⇨Klik Sini Untuk Ketahui Lanjut..


Rasululullah pernah bersabda:
"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).




Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..



Baca Lagi ...

Thursday, October 18, 2012

♛Sembang Kedai Kopi♛



⇨Tinggalkan Jejak Anda Di Sini!
Salam kepada anda semua yang sudi berkunjung atau melawat ke blog ini.Ruangan Sembang Kedai Kopi ini diwujudkan bagi memudahkan lagi komunikasi antara para blogger mahupun bukan blogger di luar sana yang ingin suara mereka didengari, berkongsi pendapat atau maklumat, menjalinkan persahabatan, menambah follower dan ingin berkenalan juga boleh.. kih2. Akhir sekali, bila korang dah singgah tu jangan lupa bagi makan sikit kat ikan-ikan tu.. nanti mati pulak ikan2 tu tak cukup makan... kih2.



P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Saturday, October 13, 2012

Murah Hati Yang Mahal

Abah singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.

Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.

Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.

Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.

“Ini hak kamu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapa pendapatan pakcik sehari?”

Dia berkata, “Tak tentu! Kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.”

Tanya abah lagi, “Kenapa pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah.

Abah mula berasa sebak.

“Kalau begitu mari ikut saya pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni pakcik puasa.” jawabnya perlahan.

Abah tidak mampu bersuara lagi..


Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..

1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah SWT.

2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.

3. Akan mendapat pertolongan malaikat.

4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.

5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.

7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.

8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

SUBHANALLAH !


⇨Sumber



Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

Baca Lagi ...

Friday, October 12, 2012

Lawak Kreatif ~ Baby Mops


Share/Bookmark

Ha ha.. sapalah punya Idea buat pakaian macam ni.Tentunya pemilik Idea Kreatif ini menghadapi masalah kesuntukan masa untuk membersihkan lantai rumah dan kebetulan pula merangkak seorang bayi dihadapannya ketika sedang 'bermenung' mencari jalan penyelesaian.. Maka terciptalah pakaian Baby Mops ini... Kesian baby yang tak bersalah ni menjadi mangsa Idea Kreatifnya.. Ish3x... Kih2x.







Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..

Baca Lagi ...

Sunday, October 7, 2012

Permainan The KIng Of Fighters Wing

  
Share/Bookmark


The KIng Of Fighters Wing
The KIng Of Fighters Wing ~ Sebuah permainan seni pertarungan klasik yang pantas dan memiliki gerak stail yang tersendiri.. Siapa yang stress boleh cuba permainan ini... Kih2x.


Controls ☑

Pergerakan AWSD.      UIO dan JKL ~ Gaya Serangan.
Power:- Tekan mana2x butang A,S, atau D bersama butang O berkali-kali..



Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔