Sunday, September 2, 2012

Kisah Si Keldai Yang Hampir Mati Tertimbus


Di sebuah kampung di pedalaman Timur Tengah, keldai merupakan harta penting untuk petani.Pada suatu hari seorang petani mundar-mandir di sekitar rumahnya kerana mencari keldainya yang hilang.Setelah penat,dia duduk di pangkin rumahnya memikirkan nasib si keldai yang seekor itu.Perlahan-lahan dia mendengar suara rengekan seakan-akan berada dalam kesusahan.

Berengsot-engsot petani mencari arah suara itu dan akhirnay tahulah dia suara itu adalah suara keldai yang sedang dicarinya.Ternyata keldainya telah tersesat dan terjatuh ke dalam perigi buta yang diliputi daun-daun hutan yang merayap di atas tanah.

Apa yang harus dibuat?Perigi ini dalam, kalau ditarik keluar terlalu bahaya, bisik hatinya.Setelah lama berfikir, dia memutuskan untuk menimbus sahaja keldai itu.

Si petani mengajak beberapa orang rakannnya, mengumpulkan pencedok tanah dan melemparkan timbunan tanah sedikit demi sedikit ke dalam perigi.Sambil itu dia menutup kedua-dua telinganya kerana tidak sanggup mendengar rengekan dan pekikan keldai kesayangannya.
"Cepat timbus, biar suara keldai ini tidak dengar lagi!"

Peluh mencurah-curah keluar di dahi petani dan rakan-rakannya kerana bekerja keras untuk menimbus perigi buta bersama-sama keldai.Sehinggalah suara keldai tidak kedengaran barulah mereka berhenti melemparkan tanah.Menyangka keldai sudah mati, mereka menjenguk di tepi perigi untuk melihat apa yang berlaku.

Sungguh menakjubkan! Pandangan mereka terpaku pada seekor keldai yang masih kuat, segar sedang menggoyang-goyangkan ekornya ke kiri dan kanan.Setiap kali tanah jatuh ke atas badannya, keldai itu akan menggoyangkan punggungnya, menjatuhkan timbunan tanah lalu menginjak-injak sehingga menjadi pejal.

Melihat keadaan ini, si petani dan rakan-rakannya bertambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka sehinggalah keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi.

Teladan dari kisah si Keldai
Seperti juga kisah keldai ini, kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran (kesedihan, masalah, ujian dan cubaan hidup).Dengan menggerakkan akal dan fikiran semua itu akan mampu diatasi dan menjadikan semua masalah umpama tanah untuk dipijak dan melompat keluar daripada perigi kesengsaraan...

Kejayaan dan kegagalan untuk berubah adalah silih berganti.Tidak ada sesuatu yang kekal kerana setiap masa kita berubah.. Hanya kepada Allah SWT kita berharap dan memohon pertolongan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔