Monday, September 10, 2012

Blogger Malaysia - Anda Sedang Diperhatikan

Dalam kehidupan Era Globalisasi kini, dunia maklumat tanpa sempadan dan terbuka telah melahirkan pelbagai media siber seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi.. Kaedah atau cara masyarakat hari ini dalam menyampaikan dan berkongsi maklumat telah dipermudahkan dan segalanya hanya di hujung jari..

Begitu juga dalam Dunia Blogger, segala maklumat boleh disampaikan dan dikongsi bersama dengan mudah.Komuniti Blogger dilihat semakin hari semakin berkembang sesuai dengan peredaran zaman, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Bukan seperti dahulu, bila blogger hanya dipandang sebelah mata. Kini, pandangan blogger diambil serius walaupun hanya sebuah cerita picisan (kurang bermanfaat) seperti kisah peribadi dan bla3x atau istilah 'Cerita Kedai Kopi' bagi lelaki dan 'Mesyuarat Tingkap' bagi perempuan..

Namun bak bidalan Mata Pena lebih tajam dari Mata Pedang, bukan sebarang tulisan yang boleh kita paparkan sebagai bacaan khalayak ramai apalagi kepada seluruh dunia.Silap rentak percaturan, meranalah tuan empunya badan..

Hasil tulisan perlu bersifat umum, tidak perlu nak menyebut nama seseorang atau kumpulan tertentu nanti kalau kena saman atau masuk lokap baru padan muka.. jika entri itu nampak sensitif luahkan pendapat secara natural, jangan biar ia nampak berat sebelah walaupun anda ada pendirian kepada siapa anda berpihak.

Entri yang perlukan perhatian dan tindakan, sebolehnya diberikan contoh dan langkah untuk perbaiki. Andai kita bersikap hentam keromo dan kutuk sahaja, tanpa ada cadangan membina, sampai bilapun sesuatu perkara takkan selesai. Dan pastikan anda bersikap terbuka mengenainya..

Ya, hakikatnya memang ada mata memerhatikan setiap penulisan blogger Malaysia di alam maya.'You are not alone' oleh itu janganlah asyik dok perasan dan naik syokk sorang2x ketika menulis blog tu... kih2x.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔