Sunday, August 5, 2012

Motosikal Terbang Macam Filem Star Wars


  

Hasil dari kemajuan sains dan teknologi manusia dapat terus meningkatkan taraf kehidupan mereka.Sesuatu perkara yang pernah menjadi imaginasi atau fiksyen dan dianggap mustahil suatu ketika dulu semakin menjadi realiti satu persatu.. Keinginan manusia untuk terbang tidak pernah terhenti, kini sebuah motorsikal terbang pula hendak direkacipta mungkin hasil inspirasi dari sebuah Filem Star Wars agaknya.. Apapun motorsikal ni masih dalam peringkat ujian dan belum dikomersialkan.. Tak sabar rasanya tunggu motorsikal seperti ini dikomersialkan, nanti dapatlah penulis bawak pergi masuk hutan mencari tasik dan sungai untuk memancing ikan.Kih2x.


Motosikal Terbang Pertama Dicipta



Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy 32, mencipta sebuah motosikal terbang/Hoverbike yang pertama di dunia.

Malloy, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dgn menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal terbang yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta itu boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.




Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. – Agensi








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔