Tuesday, July 3, 2012

Koleksi Jam Flash




Share  





Jam ini mengeluarkan bunyi setiap kali angka saat dan jam bertukar.Fungsi bunyi boleh ditutup dengan klik saja pada angka Saat atau Jam.Jam ini juga akan mengeluarkan bunyi setiap kali 30 minit berlalu dan bunyi cukup waktu (Jam) mengikut jumlah angka.





Bulan Puasa semakin menghampiri kita,diam tak diam tinggal 18 hari lagi boleh makan dan minum disiang hari dan selepas itu semua umat Islam wajib berpuasa.. Begitu cepat masa berputar, tanpa sedar kita akan menyambut Ramadan lagi pada tahun ini.. Mungkin Ramadan kali ini kita akan dapat memperbaiki lagi amalan kita berbanding Ramadan ditahun yang lepas.. yang telah berlaku dan berlalu tidak dapat diubah lagi umpama kita memijakkan kaki di atas air sungai yang mengalir, air yang telah dipijak takkan dapat dipijak buat kali ke 2 ia akan terus pergi dan hanyut ke dalam lipatan sejarah.. Begitulah dengan masa yang telah dilalui takkan dapat dilalui lagi buat kali ke 2 ia akan terus pergi tanpa menoleh ke belakang.Apa yang tinggal hanyalah memori sebagai pengalaman dan sejarah yang tertulis dan yang paling utama sekali adalah kitab amalan kita sendiri yang sentiasa ditulis oleh para Malaikat iaitu Raqib dan Atid...

Bila tiba saja bulan puasa tentunya waktu memainkan peranan penting sepanjang tempoh berpuasa terutama sekali waktu berbuka, semua orang begitu asyik melihat waktu macam nak sambut malam tahun baru lagaknya...
Dalam persediaan nak menyambut bulan puasa ni, penulis ingin berkongsi sedikit maklumat berguna kepada pembaca.. kepada pengguna pc / laptop / Tablet dan yang sewaktu dengannya anda boleh guna aplikasi jam Flash ini untuk melihat waktu dan set Alarm.. sekurang-kurangnya bila nak sahur nanti tak lah kelam kabut nak keluar cari makanan di kedai atau masak sendiri...

Apapun, penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua...







Sumber: csalim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔