Friday, June 29, 2012

Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia



JEDDAH Kingdom Tower

  

Pada ketinggian lebih 1,000 meter dan jumlah kawasan pembinaan 530.000 meter persegi, Kingdom Tower akan menjadi pusat tumpuan dan juga merupakan projek pembangunan pertama bandar Kingdom Tower berkos 20 billion dolar di Jeddah, Arab Saudi, berhampiran Laut Merah.Sebuah bangunan 'Pencakar Langit' yang dijangka menelan belanja $1.2 billion untuk membinanya, Kingdom Tower akan menjadi sebuah bangunan pelbagai fungsi yang menyediakan perkhidmatan seperti hotel mewah, ruang pejabat, pangsapuri, kondominium mewah dan balai cerap tertinggi di dunia. Ketinggian bangunan Kingdom Tower akan menjadi sekurang-kurangnya 173 meter (568 Kaki) lebih tinggi daripada Burj Khalifa, yang telah direka oleh Adrian Smith, Owings & Merrill.

Bentuk bangunan yang anggun dan diperkemaskan adalah diilhamkan oleh pelepah berlipat dari sejenis tumbuhan muda yang hidup di padang pasir.Cara pelepah itu bercambah ke atas dari bawah yang bermula sebagai satu bentuk yang tunggal, kemudian mula memisahkan antara satu sama lain di bahagian atas, adalah suatu analogi pertumbuhan baru yang digabungkan dengan teknologi...

Dengar cerita.. Bangunan Pencakar Langit Kingdom Tower mempunyai 150 tingkat lebih dan kononnya lebih tinggi 3x ganda dari Burj Dubai sekarang !!!geleng kepala..ish3x...









Sumber: Sumber


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔