Saturday, June 9, 2012

CAMERON HIGHLANDS





Beberapa hari yang lepas, penulis telah berkesempatan melawati tempat-tempat percutian dilokasi menarik Cameron Highlands.. Pada asalnya Abang penulis telah merancang hendak berkunjung ke sini bagi menghabiskan musim cuti sekolah bersama keluarga.Tanggal 7 Jun 2012 hari Khamis, kami telah sepakat dan berkonvoi ke sini bersama 3 buah keluarga.. Sebenarnya ini adalah pertama kali penulis menjejakkan kaki ke sini, walaupun telah banyak kali pergi ke Kuala Lumpur dan Ipoh-Simpang Pulai tapi tidak pernah berkesempatan singgah di sini...

  
Dalam perjalanan menuju ke Kem Brinchang keadaan trafik di sini pada jam 1456 Hrs telah pun sesak (jem tanpa roti).. kih2x.

Jam 1525 Hrs kami semua tiba di kawasan Kem Brinchang.

    

Setelah puas berehat dan solat Asar,hampir jam 6 petang Abang penulis mengajak pula kami semua ke Pasar Malam Brinchang.

Inilah Pintu Gerbang Tapak Pasar Malam Brinchang, kelihatan seorang lelaki cina sedang asyik fokus kamera telefonnya.. mungkin dia juga blogger cam penulis..

Suasana Pasar Malam di sini meriah.. kelihatan pengunjung semakin ramai dan padat, maklumlah harga di sini adalah murah jika dibandingkan di tempat lain.. lebih2 lagi apabila hampir lewat malam harga semakin menurun dari sebelumnya.

8 Jun 2012 - Jumaat
    
Setelah bermalam di Kem Brinchang, kami bertolak keluar darinya lebih kurang jam 9 lebih pagi dan menuju ke Taman Agroteknologi Mardi. Suhu di sini ketika kami sampai adalah 22 oC.. Kurang sejuk berbanding ketika kami berada di Kem Brinchang.

  

    

SEKITAR PEMANDANGAN DI KAWASAN LAMAN BUNGA..
    

PEMANDANGAN DI KAWASAN LAIN TAMCH..
    

  
Inilah dia pokok buah Pir..

    

  

  
Inilah dia pokok buah Epal..

    



Just Call Me Senikk Berkata:-
"Jelajah percutian kami berakhir di Factory & Shop - Boh Tea Centre.. sayang sekali penulis tak dapat ambil gambar di sini sebab bateri telefon berkamera tiba2 saja habis.. lupa nak charge semalam (kih2x).Satu pemandangan menarik di sini anda dapat lihat bagaimana ladang teh di lereng bukit dibaja dengan menggunakan kapal terbang lama sayap berkembar yang mana pernah digunakan ketika zaman perang dunia pertama lagi.. Apapun penulis berterima kasih kepada Abang penulis kerana membawa kami semua berkunjung ke sini.. Simpan Laksa dan Kuaci didalam Peti; Ada Masa boleh Kita pergi Bercuti lagi..."





Free Auto Backlinks From 1MalaysiaPerumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui.Kedai Backlink,Backlink Percuma

Anak-anak yatim Palestin memerlukan bantuan kita ummat Islam hari ini.. Seandainya tuan puan budiman dan dermawan boleh meringankan beban mereka melalui penajaan anak yatim palestin oleh Aqsa Syarif ~ Aqsa Syarif




Sebagai Tanda Sokongan anda kepada blog ini 'Please Click' mana-mana iklan yang ditaja oleh Nuffnang.Terima kasih di atas keikhlasan anda..



Sumber Maklumat


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔