Tuesday, March 6, 2012

Radio Malaysia - Kelantan FM



Sejarah Radio ini bermula pada 16 November 1963, dimana Radio Malaysia Kota Bharu mula beroperasi. Perasmian pembukaan pula dilakukan pada 6 November 1964 oleh K.D.Y.M.M. Al-Sultan Kelantan, Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Petra. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd. Razak, Menteri Penerangan dan Penyiaran Malaysia dan juga Menteri Besar Kelantan, Encik Muhammad Asri.RTM Kota Bharu merupakan stesen RTM pertama di Malaysia yang mempelopori siaran daerah.Waktu operasi pada awalnya bermulanya selama 8 jam sehari dan seterusnya 18 jam sehari bermula dari 06:00 hingga 00:00.pagi.

Pada 1 April 2005, sempena Penjenamaan Semula Radio Malaysia nama Radio Malaysia Kelantan ditukar kepada KELANTAN fm yang mana pada sebelumnya ianya dikenali dengan nama Radio Malaysia Kota Bharu dan Radio 3 Kota Bharu. Sejak awal penubuhanya, RTM Kelantan telah diterajui oleh 11 orang Pengarah yang bermula dengan Encik Mohd Tahir Ramli sebagai Penyelia Stesen ketika itu. Kini RTM Kelantan berada dibawah pengurusan Encik Zulkipli Salleh selaku Pengarah Penyiaran Kelantan.


"Penuhi Citarasa Anda.."




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔