Thursday, January 12, 2012

Jam Tangan Hidraulik

Memperkenalkan buat julung kali dan pertama sepertinya, inilah dia suatu hasil ciptaan baru yang digelar Penjaga Masa Bendalir iaitu jam tangan HYT H1.Diketahui jenama HYT telah dilahirkan bersama matlamat menghasilkan jam tangan dengan cecair di dalamnya.
Kemunculan pertama model jam ini dipanggil sebagai H1.

Jam ini menggunakan salur tiub lutsinar bulat yang berisi cecair hijau pekat dan berkilau untuk memaparkan waktu bagi jam.Sementara minit pula dipaparkan ditengah muka jam.Di sebelah kirinya ada rekaan berbentuk turbin air sebagai mewakili pergerakan masa setiap saat yang berputar.
Di sebelah kanan pula adalah penunjuk kuasa rizab atau simpanan bagi pergerakan mekanikal.Pergerakan jam tangan ini mempunyai rizab kuasa sehingga 65 jam sebelum dikunci semula dan boleh dilihat melalui belakang jam tangan.Mekanisme sistem Hidraulik penunjuk jam adalah digerakkan oleh Piston yang ada dalam jam ini.
Warna hijau cecair dalam salur tiub lutsinar adalah datang dari "fluorescein" dan ianya tidak selamat untuk diminum.


Menurut HYT jam tangan direka bentuk dengan perlindungan kejutan atau gegaran sebanyak mungkin untuk memastikan sistem kekal selamat dan anda boleh memakai jam tangan ini seperti biasa.Jam ini dihasilkan dengan saiz lebar 48.8mm dan ketebalan 17.9mm.

Didatangkan dengan 3 gaya corak berasingan iaitu Titanuim,Titanium DLC bersalut hitam dan Emas Merah 18k.

Tiada yang seumpama ini pernah dihasilkan.Pihak HYT mendakwa bahawa terdapat tujuh paten yang sedang menunggu untuk jam ini sahaja.Jenama HYT telah bekerjasama dengan beberapa perunding yang mempunyai nama gah seperti Preciflex dan Chronode untuk menghasilkan pergerakan jam ini.Mereka adalah di kalangan kumpulan elit jurutera horological di Switzerland yang mampu untuk membuat barangan seperti ini menjadi satu realiti.

Jam tangan H1 HYT dalam titanium akan dijual pada harga $ 45,000 dollar atau 141,412.50 Ringgit Malaysia . Tiada kata putus dan harga ditawarkan lagi bagi jam tangan emas merah 18k.











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔