Saturday, January 28, 2012

Lawak Jenaka



Diantara dua darjat...Kucing dianaktirikan.. huhuhuhu =) ~semoga terhibur~


Buat Bodoh jer.. Haha..


♥.♥.♥.Surat Cinta Versi Kelantan...♥.♥.♥.


Baca Lagi ...

Thursday, January 12, 2012

Jam Tangan Hidraulik

Memperkenalkan buat julung kali dan pertama sepertinya, inilah dia suatu hasil ciptaan baru yang digelar Penjaga Masa Bendalir iaitu jam tangan HYT H1.Diketahui jenama HYT telah dilahirkan bersama matlamat menghasilkan jam tangan dengan cecair di dalamnya.
Kemunculan pertama model jam ini dipanggil sebagai H1.

Jam ini menggunakan salur tiub lutsinar bulat yang berisi cecair hijau pekat dan berkilau untuk memaparkan waktu bagi jam.Sementara minit pula dipaparkan ditengah muka jam.Di sebelah kirinya ada rekaan berbentuk turbin air sebagai mewakili pergerakan masa setiap saat yang berputar.
Di sebelah kanan pula adalah penunjuk kuasa rizab atau simpanan bagi pergerakan mekanikal.Pergerakan jam tangan ini mempunyai rizab kuasa sehingga 65 jam sebelum dikunci semula dan boleh dilihat melalui belakang jam tangan.Mekanisme sistem Hidraulik penunjuk jam adalah digerakkan oleh Piston yang ada dalam jam ini.
Warna hijau cecair dalam salur tiub lutsinar adalah datang dari "fluorescein" dan ianya tidak selamat untuk diminum.


Menurut HYT jam tangan direka bentuk dengan perlindungan kejutan atau gegaran sebanyak mungkin untuk memastikan sistem kekal selamat dan anda boleh memakai jam tangan ini seperti biasa.Jam ini dihasilkan dengan saiz lebar 48.8mm dan ketebalan 17.9mm.

Didatangkan dengan 3 gaya corak berasingan iaitu Titanuim,Titanium DLC bersalut hitam dan Emas Merah 18k.

Tiada yang seumpama ini pernah dihasilkan.Pihak HYT mendakwa bahawa terdapat tujuh paten yang sedang menunggu untuk jam ini sahaja.Jenama HYT telah bekerjasama dengan beberapa perunding yang mempunyai nama gah seperti Preciflex dan Chronode untuk menghasilkan pergerakan jam ini.Mereka adalah di kalangan kumpulan elit jurutera horological di Switzerland yang mampu untuk membuat barangan seperti ini menjadi satu realiti.

Jam tangan H1 HYT dalam titanium akan dijual pada harga $ 45,000 dollar atau 141,412.50 Ringgit Malaysia . Tiada kata putus dan harga ditawarkan lagi bagi jam tangan emas merah 18k.











Baca Lagi ...

Tuesday, January 10, 2012

Mana Mak?

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”





Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian..

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap rapat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Baca Lagi ...

Saturday, January 7, 2012

Kereta Mesra Alam Volkswagen Aqua

BEIJING: Seorang Perekacipta China telah menghasilkan rekaan baru iatu sebuah kereta menakjubkan yang boleh bergerak di atas jalan raya, pasir, ais dan juga air.
Yuhan Zhang, 21, adalah pelajar perempuan dalam bidang Rekabentuk Perindustrian dari Universiti Xihua telah berjaya menghasilkan sebuah kenderaan Konsep yang diberi nama Volkswagen Aqua.Kenderaan ini telah direkacipta dalam sebuah pertandingan yang ditaja oleh Pengeluar Kereta German dan mendapat Anugerah Rekabentuk Kereta.

Kenderaan pelbagai rupa bumi ini,mempunyai kelajuan Maksimum 100km/h dan beroperasi seperti Hovercraft yang mampu bergerak dengan lancar diantara pelbagai bentuk permukaan yang berlainan.

Volkswagen Aqua memiliki ciri-ciri seperti permukaan badan yang berkilat,rekabentuk yang anggun dengan 4 kipas dan beg udara bersepadu yang mengembung untuk membuat ianya terapung.

Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.Mempunyai 2 motor enjin dimana yang utama terletak di bawah Kerangka Badan (Chassis) yang bertugas menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi memacunya ke depan dan mengawal arah.Pintu masuk adalah terletak di belakang kenderaan.Kedua-dua kipas belakang tambahan ditepinya memberikan gambaran visual akan roda konvensional.

Tiada tarikh tepat diumumkan lagi bilakah kenderaan ini akan dikeluarkan.Dipercayai banyak syarikat kenderaan berhasrat memasarkannya menjelang tahun 2014.

Pertandingan tersebut telah meminta para PerekaCipta tampil dengan idea Kenderaan ‘off-road’ China.Aqua adalah berdasarkan teknologi yang ada pada masa kini.

“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air."

“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang komersial dan mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.
















Baca Lagi ...

Thursday, January 5, 2012

Kuda Kayu Yang Unik..


Kuda ni memang unik sebab diperbuat daripada dahan pokok. Sekali imbas, macam rupa kuda yang sebenar pula.


Just Call Me Senikk Berkata:-
"Daya Imaginasi dan Kreatif mampu menjadikan sesuatu yang tak bernilai kepada hasil seni yang menarik dan berharga.."
Baca Lagi ...

Sunday, January 1, 2012

Handphone Dalam Bentuk Kertas

Wow!! Tak sangka dah ada handphone dalam bentuk kertas. Cuma mungkin fungsi-fungsi dia tak secanggih iPhone lagi la kut. Tapi kalau handphone dah dalam bentuk kertas je, boleh simpan dalam wallet macam kad kredit, aku pun nak, buat second phone atau untuk guna waktu kecemasan. Teknologi semakin canggih tapi yang peliknya harga tetap mahal,biasalah benda masih barukan? Beli hari ni esok harga turun kadang-kadang hampir separuh harga, lebih-lebih lagi kalau dua produk dilancarkan pada tarikh dekat-dekat.Bila melihat teknologi seperti ini wujud, teringat aku pada kecanggihan Teknologi Telefon seperti dalam Filem animasi Ultraviolet.Nampaknya apa yang menjadi Imaginasi suatu ketika dulu dah pun jadi Realiti..


Teknologi Handphone Kertas



Though we saw another paper phone not to long ago, but the latest paper phone we’re seeing is much more high tech. Like the Kindle, it uses an E-Ink display and works by bending the phone into different positions to make calls, use apps, and listen to music.

Created by research teams at Queen’s University in Canada and Arizona State University, the 9.5-centimeter (diagonal) screen is actually a lightweight flexible display. It’s said to feel similar to a bendable piece of plastic.

Its thin body resembles that of a paper document, but, according to the video below, underneath the screen is a “flexible printed circuit with resistive bend circuits,” which are used to identify the bending of the display screen. The user actually chooses the shape for each function. For example, you can choose to bend the upper-right corner to make a call, or bend the lower left to listen to music. These shapes are then recorded into the software, and when repeated, they send the appropriate action to the device





Info:- geek.com



Just Call Me Senikk Berkata:-
"Mungkinkah suatu hari nanti akan tercipta teknologi Handphone dalam bentuk kertas yang boleh dipakai-buang?Jika teknologi seperti itu wujud mungkin kita akan melihat aplikasi telefon pada pakaian,majalah,kotak suatu produk dan banyak lagi.."
Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔