Wednesday, May 4, 2011

Makhluk Asing adalah Bangsa Jin


Sejak berlakunya perang dunia ke-2, kemunculan UFO ‘Objek Terbang Yang Tidak Dikenalpasti’ dipercayai kapal angkasa milik makhluk asing yang datang dari planet lain dan merayau-rayau di bumi untuk tujuan tertentu semakin menjadi-jadi.

UFO (Unidentified Flying Object) sering muncul dengan tiba-tiba dan begitu juga ia menghilang dengan kepantasan yang tak masuk logik akal manusia.Kehadirannya tidak boleh diduga dan kedatangannya tidak mampu disekat atau dicegah oleh manusia.Siapakah mereka sebenarnya? Dari manakah mereka datang dan apakah misi mereka?

Berbicara tentang persoalan ini,ambo teringat pada satu rancangan rencana iaitu rancangan berbayar Astro di saluran History setiap hari Khamis jam 10 hingga 12 malam.Rencana itu bertajuk ‘Ancient Aliens’ yang mengupas tentang fakta-fakta dan teori mengenai makhluk asing.Dalam perbincangan mereka yang terlibat dalam rencana ini,ada diperkatakan tentang Piramid di Mesir, Tamadun Maya,Gurun Nazca dan banyak lagi sebagai bukti kewujudan ‘mereka’ dan campur tangan mereka dalam pembinaaan tamadun manusia. Antara fakta dan teori yang dikemukakan ada yang boleh diterima dan sebaliknya.

Melihat kepada salah satu fakta iaitu Piramid di Mesir misalnya, sebagaimana yang diketahui Piramid yang paling terkenal ialah Piramid besar Kufu yang terletak di Giza, Mesir.

Piramid besar Kufu juga diiktiraf sebagai satu daripada tujuh benda ajaib di dunia, pembinaannya mengambil masa 20 tahun dan disiapkan pada tahun 2600 SM. Sebanyak 2 juta blok batu yang setiap satunya seberat satu tan telah digunakan untuk membinanya dengan keluasan tapak seluas 5 Hektar dan ketinggian mencecah 150 meter.

Fenomena misteri pada binaan Piramid adalah tidak hanya wujud di Mesir tetapi turut ditemui di seluruh pelosok dunia termasuk di Jepun dan Amerika Selatan.

Kajian saintis mendapati bahawa Piramid juga memiliki ‘Kuasa Misteri’ di dalamnya. Dikatakan sampah serta bangkai di dalam bangunan itu tidak busuk sebaliknya hanya mengering. Selain itu, terdapat banyak ion negatif di dalam bangunan di mana dikatakan dapat membunuh aktiviti bakteria dan menyihatkan tubuh badan seseorang dan banyak lagi. (Sumber: Buku Bertajuk Misteri Dunia oleh Nasron Sira Rahim terbitan Alaf 21 )

Hasil dari penyelidikan ini menyebabkan timbulnya pelbagai teori termasuklah teori ala fiksyen yang mengatakan bahawa Piramid mungkin dibina dengan bantuan makhluk asing. Apa tidaknya, manusia di abad ke-21 yang menganggap diri mereka manusia ‘canggih’ yang mampu membina bangunan pencakar langit tidak mampu membina sebuah Piramid sebagaimana yang telah dibina pada 2600 Sebelum Masihi (SM).

Mungkinkah peranan golongan jin turut terlibat dalam proses pembinaan Piramid? Jika ditinjau di sudut sejarah jelas diceritakan kemampuan jin suatu ketika dahulu, terutamanya dalam kisah Nabi Sulaiman a.s atau dikenali juga King Solomon oleh orang Kristian.

Dalam surah Saba, Allah s.w.t berfirman:
“Golongan jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya daripada bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam,serta periuk-periuk besar yang tetap berada di atas tungku.” (Ayat ke-13)

Ramai manusia sedia maklum mengenai kisah jin,tidak kira agama atau fahaman masing-masing. Selalu kita lihat di kaca tv dan panggung wayang cerita-cerita mengenai ‘Hantu’ atau ‘Makhluk Asing’. Tanpa kita sedari kedua-dua cerita ini ada persamaan dan perbezaannya. Apakah kita menyangka makhluk jin itu hanya tahu menjadi hantu seperti yang kita ketahui? Mereka juga makhluk ‘Berakal’ dan ‘Bernafsu’ sebagaimana manusia.

Maka tidak mustahillah jika wujud gambaran makhluk seperti filem ‘Predator’ atau istilah ‘Hantu Moden’ yang bersifat futuristic. Didalam filem ini jelas digambarkan betapa jauhnya jurang teknologi antara manusia dan ‘Predator’ itu.

Dikala manusia baru saja bertatih didalam bidang angkasa, ‘mereka’ sudah mampu berlari dan meneroka lebih jauh berbanding apa yang dicapai oleh manusia.

Didalam surah Ar-Rahman Allah s.w.t berfirman:
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, lintasilah! Kamu tiada sanggup melintasinya melainkan dengan kekuasaan. (Ayat ke-33)

Harus diingat selain mereka memiliki persamaan seperti manusia iaitu berakal dan bernafsu,mereka juga mampu hidup lebih lama dari manusia.

Jika ada dikalangan manusia kini yang berusia ratusan tahun, pasti menjadi berita yang gempar dan sensasi. Namun bagi golongan jin berusia ratusan adalah perkara biasa bahkan mereka mampu berusia sehingga ribuan tahun.

Jelas nyata faktor usia menjadi jurang yang besar antara manusia dan jin. Oleh sebab itu juga kelangsungan tamadun mereka mungkin lebih lama dari manusia. Tidak seperti tamadun manusia yang sering jatuh dan bangun oleh banyak faktor termasuklah faktor usia.

Walaupun begitu, sebagaimana manusia mereka juga tidak terlepas dari membuat kesilapan. Dari kesilapan itu, telah menyebabkan manusia mampu mempelajari teknologi mereka hasil dari salah satu tragedi terkenal iaitu UFO yang terhempas di Roswell, New Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1947.

Melalui tragedi ini juga telah memberi keupayaan kepada manusia membangunkan teknologi seperti mereka dengan kaedah ‘Reverse Engineering’ seperti yang ada di pengkalan rahsia tentera ‘Area 51’.

Disebalik yang tersurat atau yang nampak di mata, kita juga harus melihat apa yang tersirat. Fenomena UFO mungkin juga merupakan ‘Petanda’ bahawa kemunculan Dajal semakin hampir.

Dajal adalah seorang manusia yang juga digelar ‘Raja Kejahatan' bersekutu dengan Iblis dan menguasai ilmu teknologi yang hebat disamping memiliki kuasa yang diberikan tuhan kepadanya. Setelah hidup selama ribuan tahun Dajal akan keluar dari tempat persembunyiannya dan menakluk dunia hanya dalam masa 40 hari.

Tidak kira apapun, samaada manusia atau jin adalah makhluk ciptaan Allah jua yang akan dihisab dan mendapat balasan di Syurga atau Neraka.

Sebagai makhluk ciptaan tuhan yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian, kita manusia yang berasal dari Adam mungkin suatu hari mampu bersaing dengan bangsa jin seperti seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang diceritakan didalam surah An-Naml.

Firman Allah s.w.t :-
“Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): ‘Wahai pegawaiku! Siapakah antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsana (milik Ratu Balqis) sebelum mereka datang menghadap aku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?’
“Berkatalah Ifrit daripada golongan jin: ‘Aku akan membawakan kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat lagi gagah serta amanah’. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan daripada kitab Allah: ‘Aku akan membawakan kepadamu dalam sekelip mata’.” (Ayat ke-38)

Share/Bookmark


P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔