Wednesday, April 20, 2011

Sekilas Pendapat Tentang Facebook



Pada hari ini ramai orang bercakap tentang Facebook. Jika ada orang tidak berapa tahu pasal Facebook terus dikategorikan buta IT.Betul ko? Terpulanglah pada empunya diri.

Pertama sekali, siapakah pengasas Facebook?.Facebook dicipta dan pertama kali dilancar pada 4 Februari 2004 dari bilik asrama Mahasiswa Universiti Harvard Mark Zuckerberg, seorang graduan Sains Komputer. Mark Zuckerberg atau Zuckerberg juga adalah anak pasangan Yahudi, Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. (Sumber: Majalah Al-Islam keluaran September 2009 m/s 78)

Persoalannya sekarang adakah haram menggunakan Facebook kerana pengasasnya adalah seorang Yahudi? Pada pendapat ambo,islam tidak mengharamkan sesuatu perkara jika ada kebaikan yang boleh diperolehi darinya. Islam tidak menolak teknologi dan kemajuan. Ini bersesuaian dengan Hadis nabi "tuntutlah ilmu sampai ke negara China". Jika dikaji dan diselidiki secara mendalam buat apa kalo setakat nak belajar agama sampai ke China? Sudah tentulah nabi menggalakkan umatnya mencari ilmu keduniaan yang membawa ke arah kemajuan. Tambahan pula ketika itu negara China sangat maju dari segi teknologi dan pelbagai aspek lagi. Berbalik kepada persoalan tadi,adakah haram menggunakan Facebook kerana pengasasnya adalah seorang Yahudi? Kalo nak kiralah KFC sendiri salah satunya diasaskan dan dimiliki oleh orang Yahudi walaupun ada logo Halal dan diwujudkan dikebanyakan negara Islam dan diminati ramai pengguna Islam.

Di zaman Era Globalisasi atau Dasar Langit Terbuka, nampaknya perkataan "sempadan" itu sendiri sudah tidak memberi makna lagi. Facebook kini bukan sahaja menjadi "Fenomena" bagi orang dewasa malah kanak-kanak diawal usia lapan tahun lagi. Sering kedengaran berita-berita di akhbar masalah atau bahana akibat penggunaan Facebook dikalangan orang dewasa. Apakah berita mengenai keburukan penggunaan Facebook dikalangan pengguna kecil tidak wujud?Mungkin masalah mereka hanyalah kes terpencil sahaja.

Apapun Facebook ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Kini Facebook bukan sahaja digunakan oleh kebanyakan orang biasa seperti kita, malah golongan Ulama juga turut menceburkan diri dalam aktiviti Facebook ini. Sudah menjadi lumrah, setiap kali seseorang itu melibatkan diri dalam dunia Cyber atau Alam Maya ini tidak terlepas dari risiko pengaruh dan gejala tidak sihat. Ianya seperti virus yang bukan sahaja boleh menjangkiti atau merosakkan komputer malah otak kita juga.

Sungguhpun begitu, ibarat kata orang dahulu "buang yang keruh ambil yang jernih". Ditangan kitalah terletaknya kuasa untuk memilih hasil dari bisikan hati. Seperti sebuah kereta keselamatan atau kebaikan bergantung kepada cara penjagaan, penggunaan, pemanduan dan halatuju. Wassalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔