Saturday, December 31, 2011

MyKad Baru..

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said. Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.

Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib."MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan."Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

"JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya. - BERNAMA



PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid
Baca Lagi ...

Wednesday, November 30, 2011

5 Sikap Positif Untuk Berjaya

Baca Lagi ...

Cerita Lawak Nasi Lemak & KFC dari Kartunis Lambok - Lawak Antarabangsa

Baca Lagi ...

Kisah Burung Kecil

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.” Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim) Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

p/s: Setiap perbuatan dinilai pada niat.. seperti kisah burung kecil yang cuba memadam api Nabi Ibrahim AS dan cicak yang cuba memarakkan api (“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil” (Hadis riwayat Muslim)Walaupun usaha mereka kecil tetapi tetap dipandang oleh Allah SWT. Jadi,lakukanlah kebaikan dimana sahaja kita berada walaupun kita diperkecilkan oleh manusia namun tidak pada pandangan Allah Yang Maha Berkuasa..

Sumber:- Dunia Macam-Macam
Baca Lagi ...

Wednesday, October 19, 2011

BUDAK KECIL DIPIJAK DAN HANCUR KAKI,TIDAK DIPEDULIKAN.

Seorang budak perempuan yang berjalan seorang diri dilanggar sebuah van dan dibiarkan begitu sahaja sehingga kenderaan lain pun menggilis budak itu.Menurut sumber tak rasmi budak perempuan tersebut telah meninggal dunia yang mana sebelumnya berada dalam keadaan koma yang teruk.Peristiwa ini telah mengajar kita bahawa sikap tidak pedulisme atau tidak prihatin semakin teruk pada masa kini.Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi...


"LovE AND carE IS PriCeLLess, in this WORLd all oVEr i Have seArCHed, i've beEN sEarching FoR sympAtHy FoR sO Long, But What i HAvE fouNd peopLe dO NoT care For OtHErs, Oh God, brothErhOod haS dIsaPpeared, frIenDs Do noT viSIt anymore, yOu Are yOu,i am i... our heaRts Has run dry.."

Oleh: Ayat-Ayat Cinta


http://www.facebook.com/video/video.php?v=187975697946304
BUDAK KECIL DIPIJAK DAN HANCUR KAKI,TIDAK DIPEDULIKAN

Tempoh: ‎4:45


Just Call Me Senikk
Apa sudah jadi? Manusia diperlakukan seperti haiwan.Sedangkan haiwanpun manusia punya belas kasihan dan prihatin,inikan pula manusia. Kemanakah perginya peri kemanusiaan?
Baca Lagi ...

Tuesday, October 18, 2011

Flowers good for mind and soul



Flowers good for mind and soul

Roses


... More than any other flower, the Rose beckons the eye (and nose), literally demanding a closer inspection. And this silk arrangement of beautiful long-stemmed roses is certain to capture the full attention of all who gaze upon it. Delicate blooms adorn fresh green stems (replete with thorns!), giving these beauties an authentic look that will have you stopping to smell them time and time again (for added effect, go ahead and scent them!) A beautiful vase with faux water completes the look.



Different rose colors convey different meanings. Read this definitive guide to rose color meanings to ensure that you always send the right flowers for the right occasion.



Red
The red rose tells your sweethear without a doubt, "I love you." A vibrant and dramatic color, it stands for romance and passion. It's the perfect choice for your true love, the love of a lifetime or someone you want to get the message it's time to "get serious."



White
Tells your sweetheart that they're simply "heavenly," and is a great color for the romantic in your life! White roses also stand for innocence, which makes it a perfect color choice for Dads to give daughters.



Red & White Together
By themselves these roses are gorgeous, but together, they symbolize unity. What a great surprise for the newlywed, loving partner or to send to your parents to say, "Thanks for being such a great symbol of love through the years!"



Pink
Send deep pink roses and you're telling that someone special you appreciate their sense of grace, style and their gentle nature. Send them light pink roses and you're saying, "I really admire you!"



Yellow
Could there be any other color but bright sunny yellow roses that symbolize friendship, affection and joy? Send your best friend a bunch of these stunning blooms with a card that says, "You'll be my best friend forever!"
Baca Lagi ...

Thursday, October 13, 2011

Kisah Hari Akhirat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





www.facebook.com/pengukirkata
www.facebook.com/pages/Islam-Itu-Agamaku/165114910177666





>>>>
Sumber: Pengukir Kata
Baca Lagi ...

Wednesday, July 27, 2011

Games Room

Selamat Datang ke Ruangan Permainan ini.Pelbagai kategori bentuk Permainan boleh dipilih,choose your game and do the Best.Jika anda sukakan cabaran dalam bentuk permainan atau sekadar nak 'Release Tension' anda boleh dapatinya di sini..


░░▄███▄███▄
░░█████████
░░▒▀█████▀
░░▒░░▀█▀↓

Baca Lagi ...

Wednesday, June 22, 2011

Main Dram..

Baca Lagi ...

Main Piano..


ButtonBeats.com

Aktifkan Butang Keyboard dengan Klik Butang Piano

Contoh Lagu
<---heavy rain song--->
D - YK - D-H-D- TK- D -HY-D - RJ -D - H-D-J-D-H-D- HE - D - RJ - YK - 0 - H - 0 - K - 0 - HU - 0 - YK - 0 - RJ - D - H - D - J - D - H - D - KI - D - HP - D - YK - D - H - D - IK - 0 - RH - 0 - UK - 0 - H - 0 -IQ - G - JP - G -QT - G -J - G -
QR - H - K -H - Q - H - K - H
Baca Lagi ...

Wednesday, May 4, 2011

Makhluk Asing adalah Bangsa Jin


Sejak berlakunya perang dunia ke-2, kemunculan UFO ‘Objek Terbang Yang Tidak Dikenalpasti’ dipercayai kapal angkasa milik makhluk asing yang datang dari planet lain dan merayau-rayau di bumi untuk tujuan tertentu semakin menjadi-jadi.

UFO (Unidentified Flying Object) sering muncul dengan tiba-tiba dan begitu juga ia menghilang dengan kepantasan yang tak masuk logik akal manusia.Kehadirannya tidak boleh diduga dan kedatangannya tidak mampu disekat atau dicegah oleh manusia.Siapakah mereka sebenarnya? Dari manakah mereka datang dan apakah misi mereka?

Berbicara tentang persoalan ini,ambo teringat pada satu rancangan rencana iaitu rancangan berbayar Astro di saluran History setiap hari Khamis jam 10 hingga 12 malam.Rencana itu bertajuk ‘Ancient Aliens’ yang mengupas tentang fakta-fakta dan teori mengenai makhluk asing.Dalam perbincangan mereka yang terlibat dalam rencana ini,ada diperkatakan tentang Piramid di Mesir, Tamadun Maya,Gurun Nazca dan banyak lagi sebagai bukti kewujudan ‘mereka’ dan campur tangan mereka dalam pembinaaan tamadun manusia. Antara fakta dan teori yang dikemukakan ada yang boleh diterima dan sebaliknya.

Melihat kepada salah satu fakta iaitu Piramid di Mesir misalnya, sebagaimana yang diketahui Piramid yang paling terkenal ialah Piramid besar Kufu yang terletak di Giza, Mesir.

Piramid besar Kufu juga diiktiraf sebagai satu daripada tujuh benda ajaib di dunia, pembinaannya mengambil masa 20 tahun dan disiapkan pada tahun 2600 SM. Sebanyak 2 juta blok batu yang setiap satunya seberat satu tan telah digunakan untuk membinanya dengan keluasan tapak seluas 5 Hektar dan ketinggian mencecah 150 meter.

Fenomena misteri pada binaan Piramid adalah tidak hanya wujud di Mesir tetapi turut ditemui di seluruh pelosok dunia termasuk di Jepun dan Amerika Selatan.

Kajian saintis mendapati bahawa Piramid juga memiliki ‘Kuasa Misteri’ di dalamnya. Dikatakan sampah serta bangkai di dalam bangunan itu tidak busuk sebaliknya hanya mengering. Selain itu, terdapat banyak ion negatif di dalam bangunan di mana dikatakan dapat membunuh aktiviti bakteria dan menyihatkan tubuh badan seseorang dan banyak lagi. (Sumber: Buku Bertajuk Misteri Dunia oleh Nasron Sira Rahim terbitan Alaf 21 )

Hasil dari penyelidikan ini menyebabkan timbulnya pelbagai teori termasuklah teori ala fiksyen yang mengatakan bahawa Piramid mungkin dibina dengan bantuan makhluk asing. Apa tidaknya, manusia di abad ke-21 yang menganggap diri mereka manusia ‘canggih’ yang mampu membina bangunan pencakar langit tidak mampu membina sebuah Piramid sebagaimana yang telah dibina pada 2600 Sebelum Masihi (SM).

Mungkinkah peranan golongan jin turut terlibat dalam proses pembinaan Piramid? Jika ditinjau di sudut sejarah jelas diceritakan kemampuan jin suatu ketika dahulu, terutamanya dalam kisah Nabi Sulaiman a.s atau dikenali juga King Solomon oleh orang Kristian.

Dalam surah Saba, Allah s.w.t berfirman:
“Golongan jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya daripada bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam,serta periuk-periuk besar yang tetap berada di atas tungku.” (Ayat ke-13)

Ramai manusia sedia maklum mengenai kisah jin,tidak kira agama atau fahaman masing-masing. Selalu kita lihat di kaca tv dan panggung wayang cerita-cerita mengenai ‘Hantu’ atau ‘Makhluk Asing’. Tanpa kita sedari kedua-dua cerita ini ada persamaan dan perbezaannya. Apakah kita menyangka makhluk jin itu hanya tahu menjadi hantu seperti yang kita ketahui? Mereka juga makhluk ‘Berakal’ dan ‘Bernafsu’ sebagaimana manusia.

Maka tidak mustahillah jika wujud gambaran makhluk seperti filem ‘Predator’ atau istilah ‘Hantu Moden’ yang bersifat futuristic. Didalam filem ini jelas digambarkan betapa jauhnya jurang teknologi antara manusia dan ‘Predator’ itu.

Dikala manusia baru saja bertatih didalam bidang angkasa, ‘mereka’ sudah mampu berlari dan meneroka lebih jauh berbanding apa yang dicapai oleh manusia.

Didalam surah Ar-Rahman Allah s.w.t berfirman:
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, lintasilah! Kamu tiada sanggup melintasinya melainkan dengan kekuasaan. (Ayat ke-33)

Harus diingat selain mereka memiliki persamaan seperti manusia iaitu berakal dan bernafsu,mereka juga mampu hidup lebih lama dari manusia.

Jika ada dikalangan manusia kini yang berusia ratusan tahun, pasti menjadi berita yang gempar dan sensasi. Namun bagi golongan jin berusia ratusan adalah perkara biasa bahkan mereka mampu berusia sehingga ribuan tahun.

Jelas nyata faktor usia menjadi jurang yang besar antara manusia dan jin. Oleh sebab itu juga kelangsungan tamadun mereka mungkin lebih lama dari manusia. Tidak seperti tamadun manusia yang sering jatuh dan bangun oleh banyak faktor termasuklah faktor usia.

Walaupun begitu, sebagaimana manusia mereka juga tidak terlepas dari membuat kesilapan. Dari kesilapan itu, telah menyebabkan manusia mampu mempelajari teknologi mereka hasil dari salah satu tragedi terkenal iaitu UFO yang terhempas di Roswell, New Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1947.

Melalui tragedi ini juga telah memberi keupayaan kepada manusia membangunkan teknologi seperti mereka dengan kaedah ‘Reverse Engineering’ seperti yang ada di pengkalan rahsia tentera ‘Area 51’.

Disebalik yang tersurat atau yang nampak di mata, kita juga harus melihat apa yang tersirat. Fenomena UFO mungkin juga merupakan ‘Petanda’ bahawa kemunculan Dajal semakin hampir.

Dajal adalah seorang manusia yang juga digelar ‘Raja Kejahatan' bersekutu dengan Iblis dan menguasai ilmu teknologi yang hebat disamping memiliki kuasa yang diberikan tuhan kepadanya. Setelah hidup selama ribuan tahun Dajal akan keluar dari tempat persembunyiannya dan menakluk dunia hanya dalam masa 40 hari.

Tidak kira apapun, samaada manusia atau jin adalah makhluk ciptaan Allah jua yang akan dihisab dan mendapat balasan di Syurga atau Neraka.

Sebagai makhluk ciptaan tuhan yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian, kita manusia yang berasal dari Adam mungkin suatu hari mampu bersaing dengan bangsa jin seperti seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang diceritakan didalam surah An-Naml.

Firman Allah s.w.t :-
“Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): ‘Wahai pegawaiku! Siapakah antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsana (milik Ratu Balqis) sebelum mereka datang menghadap aku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?’
“Berkatalah Ifrit daripada golongan jin: ‘Aku akan membawakan kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat lagi gagah serta amanah’. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan daripada kitab Allah: ‘Aku akan membawakan kepadamu dalam sekelip mata’.” (Ayat ke-38)

Share/Bookmark


P/s:- Sekiranya anda ingin komen secara persendirian atau Private Message (PM) anda boleh terus tulis kat borang di bawah ini.. Mesej akan terus dihantar ke Email penulis...
foxyform.com
Baca Lagi ...

Monday, May 2, 2011

Filem Kegemaran

Filem Kegemaran Rmane


Star Wars
Obi-Wan Kenobi Vs. Darth Vader: Episode III
Darth Vader - The Suit - Episode III
General Grievous vs Obi-Wan Kenobi


Transformers 3
Transformers 3 Dark of the Moon Teaser Trailer - Official (HD)
Transformers 3: Dark of the Moon Movie Trailer 4 Official (HD)



I Robot
I, Robot (Trailer 2004)
I, ROBOT - Sonny's interrogation
I, Robot (Will Smith) - Car Chase Audi RSQ (2004)
I, Robot Theatrical Trailer 2
I Robot

TRON LEGACY
TRON: LEGACY Official Trailer
TRON LEGACY trailer 3


Matrix
The Matrix Trailer
The Matrix - What is Real extended clip
What is the Matrix?
Matrix - Fast Learning
Trinity! Help!


James Bond
James Bond - Die another Day Intro
James Bond - Die Another Day Car Chase


Avatar
Avatar Trailer The Movie
AVATAR / TORUK MACTO


The 6th Day
The 6th Day (2000) HD trailer


Minority Report
Minority Report Trailer
Minority Report - Theatrical Film Trailer #2


CJ7
CJ7 Full English Trailer (2008) Stephen Chow 長江七號
CJ7 movie Summary Another great film


Who Am I?
Who Am I? (1998) HD trailer
JACKIE CHAN WHO AM I ORIGINAL TRAILER RARE
Jackie Chan's Who am I-Evo Chase Scene


War of the Worlds
War of the Worlds (2005) - Trailer 3
War Of The Worlds (2005) Tribute


Aliens
Aliens Movie Trailer
Aliens Space Marines colonial marines
Aliens fan made tribute trailer
GET AWAY FROM HER, YOU


RESIDENT EVIL
Resident Evil - Trailer


BLASSREITER
BLASSREITER - opening
What is Blassreiter? -BLASSREITER NAVIGATOR
Blassreiter - Perkenalan Joseph,Sasha & Zargin
Blassreiter - Zargin bertukar menjadi Pemimpin Kejahatan
Blassreiter Best Scene
Pertarungan akhir Joseph & Zargin
Pertarungan akhir Joseph & Zargin 2
Blassreiter Punya Penamat


BLEACH
Bleach Season 3 Opening
Bleach Episode 58
Bleach Episode 58/2
Bleach Episode 58/3
Bleach Episode 59


Back To The Future
Back To The Future Trilogy trailer
Back to the Future Part IV Opening Sequence


Spawn
Spawn 1997 movie trailer
Spawn movie trailer & Over and Over


Predator
Predator Movie Trailer (1987)
Baca Lagi ...

Wednesday, April 20, 2011

Sekilas Pendapat Tentang Facebook



Pada hari ini ramai orang bercakap tentang Facebook. Jika ada orang tidak berapa tahu pasal Facebook terus dikategorikan buta IT.Betul ko? Terpulanglah pada empunya diri.

Pertama sekali, siapakah pengasas Facebook?.Facebook dicipta dan pertama kali dilancar pada 4 Februari 2004 dari bilik asrama Mahasiswa Universiti Harvard Mark Zuckerberg, seorang graduan Sains Komputer. Mark Zuckerberg atau Zuckerberg juga adalah anak pasangan Yahudi, Edward dan Karen Zuckerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala emaknya pakar perubatan. (Sumber: Majalah Al-Islam keluaran September 2009 m/s 78)

Persoalannya sekarang adakah haram menggunakan Facebook kerana pengasasnya adalah seorang Yahudi? Pada pendapat ambo,islam tidak mengharamkan sesuatu perkara jika ada kebaikan yang boleh diperolehi darinya. Islam tidak menolak teknologi dan kemajuan. Ini bersesuaian dengan Hadis nabi "tuntutlah ilmu sampai ke negara China". Jika dikaji dan diselidiki secara mendalam buat apa kalo setakat nak belajar agama sampai ke China? Sudah tentulah nabi menggalakkan umatnya mencari ilmu keduniaan yang membawa ke arah kemajuan. Tambahan pula ketika itu negara China sangat maju dari segi teknologi dan pelbagai aspek lagi. Berbalik kepada persoalan tadi,adakah haram menggunakan Facebook kerana pengasasnya adalah seorang Yahudi? Kalo nak kiralah KFC sendiri salah satunya diasaskan dan dimiliki oleh orang Yahudi walaupun ada logo Halal dan diwujudkan dikebanyakan negara Islam dan diminati ramai pengguna Islam.

Di zaman Era Globalisasi atau Dasar Langit Terbuka, nampaknya perkataan "sempadan" itu sendiri sudah tidak memberi makna lagi. Facebook kini bukan sahaja menjadi "Fenomena" bagi orang dewasa malah kanak-kanak diawal usia lapan tahun lagi. Sering kedengaran berita-berita di akhbar masalah atau bahana akibat penggunaan Facebook dikalangan orang dewasa. Apakah berita mengenai keburukan penggunaan Facebook dikalangan pengguna kecil tidak wujud?Mungkin masalah mereka hanyalah kes terpencil sahaja.

Apapun Facebook ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Kini Facebook bukan sahaja digunakan oleh kebanyakan orang biasa seperti kita, malah golongan Ulama juga turut menceburkan diri dalam aktiviti Facebook ini. Sudah menjadi lumrah, setiap kali seseorang itu melibatkan diri dalam dunia Cyber atau Alam Maya ini tidak terlepas dari risiko pengaruh dan gejala tidak sihat. Ianya seperti virus yang bukan sahaja boleh menjangkiti atau merosakkan komputer malah otak kita juga.

Sungguhpun begitu, ibarat kata orang dahulu "buang yang keruh ambil yang jernih". Ditangan kitalah terletaknya kuasa untuk memilih hasil dari bisikan hati. Seperti sebuah kereta keselamatan atau kebaikan bergantung kepada cara penjagaan, penggunaan, pemanduan dan halatuju. Wassalam...
Baca Lagi ...


Blogged.my
Kedai Backlink,Backlink Percuma
Hijri Calendar
Kalendar Besar
My Weather✔